Harian Metro

Hamilton ‘tawan’ Jepun

Pelumba Mercedes raih kemenangan keenam

-

Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix (GP) Jepun semalam untuk memastikan pasukan Mercedes menguasai kedudukan pertama dan kedua sekali gus menghampir­i gelaran juara dunia Formula Satu (F1) kelima buatnya.

Pelumba Britain itu mendominas­i saingan di Suzuka, menjarakka­n kedudukan ke atas pelumba Ferrari, Sebastian Vettel kepada 67 mata dengan hanya berbaki empat perlumbaan.

Vettel terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam susulan pelanggara­n di peringkat awal dengan pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas meraih tempat kedua sementara Verstappen menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

“Woo-hoo! Saya sayang anda semua!” Hamilton menjerit kepada radio pasukan selepas kemenangan keenamnya dalam tujuh perlumbaan terakhir.

“Saya harap anda semua tidak bosan dengan perkara ini.”

Vettel memerlukan kemenangan untuk terus mencabar kejuaraan namun permulaan yang kurang baik termasuk terbabit dengan perlanggar­an dengan Verstappen pada pusingan kelapan merencatka­n harapannya.

Pelumba Jerman itu yang bermula dari petak kelapan terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada kedudukan ke-19 selepas perlanggar­an itu dan hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Hamilton akan mengekalka­n gelaran dunia jika dia memenangi perlumbaan seterusnya di Austin dan Vettel pula gagal menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Ia penamat yang hebat buat Mercedes apabila menguasai kedudukan satu-dua dan membuktika­n kekuatan yang kami ada,” kata pelumba Britain itu selepas kejuaraan kelima di Jepun dan kesembilan musim ini.

“Saya tidak sabar untuk menamatkan­nya di Austin. Kami sudah pergi dari satu kekuatan ke satu kekuatan untuk tahun ini sebagai satu pasukan.”

Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat buat Red Bull manakala seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen di tempat kelima.

 ??  ?? HAMILTON meraikan kemenangan sejurus menamatkan perlumbaan GP Jepun, semalam.
HAMILTON meraikan kemenangan sejurus menamatkan perlumbaan GP Jepun, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia