Harian Metro

BANGKIT DRAMATIK

- AFP

Manchester

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendedahka­n beliau menerima pesanan mesej sokongan daripada anggota lembaga pengarah kelab itu menjelang perlawanan mendebarka­n yang berkesudah­an United menewaskan Newcastle 3-2 di Old Trafford, semalam.

Spekulasi terhadap kedudukan Mourinho timbul sebelum sepak mula perlawanan itu berikutan permulaan buruk United pada awal musim ini dengan pasukan itu ketinggala­n 0-2 dalam tempoh 10 minit yang boleh menunjukka­n pintu keluar kepada pengurus dari Portugal itu.

Alexis Sanchez bagaimanap­un menyuntik kebangkita­n mengagumka­n United pada babak kedua apabila dia menanduk masuk gol kemenangan selepas mendapat hantaran lintang Ashley Young pada minit terakhir perlawanan.

Mourinho selepas itu mengakui beliau perlukan ‘undi kepercayaa­n’ secara tidak rasmi daripada ahli lembaga, yang dipercayai adalah naib pengerusi eksekutif Ed Woodward, sebelum perlawanan menyedari beliau perlu mengetepik­an laporan akhbar bahawa beliau akan dipecat hujung minggu ini, tidak

„ Gol kemenangan minit akhir Sanchez buat Mourinho lega

kiralah apa keputusan perlawanan menentang Newcastle.“Mereka yang membaca akhbar, mereka yang mengikuti media sosial, mereka mesti menganggap yang mungkin saya sudah tiada,” kata Mourinho.

“Jika saya tidak menerima SMS daripada lembaga pasukan saya untuk tidak membaca (akhbar) saya mungkin sudah yakin.”

Tetapi apa yang terjadi pada 10 minit awal mungkin menyebabka­n Woodward juga kembali memikirkan kedudukann­ya semula.

Gol pelawat disebabkan kelemahan pertahanan United yang dikatakan punca kemerosota­n pasukan itu sepanjang musim ini.

Jaringan kemenangan Sanchez turut menyaksika­n penyokong United yang selama ini membisu untuk menyokong Mourinho, kembali menyanyika­n namanya di Old Trafford.

“Saya kagum dengannya tetapi saya tidak mahukannny­a. Jika boleh saya mahu mereka berhenti melakukann­ya.

“Pada separuh masa pertama kami ketinggala­n 0-2, tetapi penyokong memberi sokongan luar biasa terhadap pasukan.”

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? MARTIAL meraikan jaringan penyamaan.
MARTIAL meraikan jaringan penyamaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia