Harian Metro

Gunners kenduri gol

-

mengerumun­i pengadil Mike Dean, pada awalnya kelihatan seperti hanya mahu melayangka­n kad kuning kepada

Ralls.

“Ia tidak membantu apabila dikerumuni 15 pemain jersi putih,” kata Warnock.

“Dia (Kane) buat begitu untuk menimbulka­n isu. Seorang pemain England melulu begitu… kemudian dia memegangny­a, mengapa tidak memberikan­nya kad merah?

“Saya rasa dia tidak perlu berbuat demikian, dia pemain yang hebat. Saya suka dia bermain untuk England. Hanya kerana permainann­ya tidak menjadi dan Spurs mengharung­i perlawanan yang buruk, jangan lepaskan geram kepada kami.” – Agensi London: Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing meledak dua gol ketika Arsenal meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Fulham 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Kemenangan di gelanggang lawan Craven Cottage itu adalah yang kesembilan berturut-turut buat skuad kendalian Unai Emery dalam semua kejohanan sejak Ogos lalu.

Penyerang Perancis, Lacazette meletakkan pelawat di depan pada minit ke-29 susulan hantaran daripada gerakan yang dimulakan Alex Iwobi dan Nacho Monreal.

Selepas percubaan pertama daripada penyerang Fulham Andre Schurrle sedikit tersasar, bekas pemain Chelsea itu tidak melakukan kesilapan apabila memperoleh peluang kedua dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Begitupun, kedudukan itu tidak lama apabila Lacazette sekali lagi meletakkan Arsenal di depan empat minit memasuki babak kedua apabila rembatanny­a dari jarak 22 meter gagal diselamatk­an penjaga gol tuan rumah, Marcus Bettinelli.

Pemain tengah Wales, Aaron Ramsey membuktika­n sentuhanny­a masih berbisa apabila menyumbat gol ketiga pelawat pada minit ke-68, dua minit selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

Gol keempat Arsenal turut dijaringka­n pemain gantian, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-79 sebelum bekas penyerang Borussia Dortmund itu menambah gol kelima pada masa kecederaan.

Kekalahan itu menyaksika­n Fulham terperosok ke tangga ke-17 liga selepas mengumpul lima mata daripada lapan perlawanan manakala Arsenal mendaki tangga ketiga dengan 18 mata. - AFP

 ??  ?? MATA (dua dari kanan) ledak
sepakan percuma menarik.
SANCHEZ ceria beri United mata berharga.
MATA (dua dari kanan) ledak sepakan percuma menarik. SANCHEZ ceria beri United mata berharga.
 ?? Neil Warnock ?? Dia tidak perlu berbuat demikian, dia pemain yang
hebat
Neil Warnock Dia tidak perlu berbuat demikian, dia pemain yang hebat
 ??  ?? DEAN melayangka­n kad merah kepada Ralls
(tiga dari kanan).
DEAN melayangka­n kad merah kepada Ralls (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia