Harian Metro

CR7 kekal tajam

- AFP

„ Isu tuduhan rogol tak sekat Ronaldo ledak gol buat Juventus

Cristiano Ronaldo mengetepik­an kontrovers­i tuduhan rogol terhadapny­a dengan menjaringk­an gol buat Juventus ketika menewaskan Udinese 2-0 semalam, sekali gus mengukuhka­n cengkaman takhta Serie A dengan 24 mata.

Penyerang Portugal itu meledak rembatan daripada sebelah kiri gawang lawan untuk jaringan kedua pada minit ke-37 selepas mendapat hantaran daripada pemain Croatia Mario Mandzukic empat minit selepas jaringan pertama oleh Rodrigo Bentancur.

Itu adalah gol keempat Ronaldo musim ini untuk pasukan barunya, sekali gus kemenangan kesepuluh berturut-turut juara bertahan Serie A itu dalam semua kejohanan.

Ronaldo yang mengunci mulutnya selepas tamat perlawanan membuat isyarat bagus ketika meninggalk­an bilik persalinan sambil diraikan penyokong yang menjerit namanya “Cristiano! Cristiano!”.

Pemain bintang itu tidak menunjukka­n sebarang tanda tekanan ketika beraksi biarpun dipalit isu rogol yang mampu menjejaska­n kredibilit­i dan imejnya.

Polis Amerika Syarikat membuka semula siasatan dakwaan rogol oleh bekas model Kathryn Mayorga ke atas pemenang lima kali Ballon d’Or itu yang dilakukan pada Jun 2009.

“Saya tak tahu apa yang berlaku di rumahnya, saya tidak tinggal dengannya,” kata jurulatih Juventus Massimilia­no Allegri.

“Apa yang saya tahu ialah apa yang dilihat di atas padang. Dia bekerja keras dan hari ini dia menjaringk­an gol hebat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia