Harian Metro

‘Patutlah kita gagal’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

„ Shukor terkejut dengan pendedahan ‘kedaifan’ AMD

Pelbagai kepincanga­n yang berlaku di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang bagaikan memberi jawapan tepat kepada bekas pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh

mengenai punca sebenar kegagalan skuad negara pada Kejuaraan Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 (B-16) Tahun, baru-baru ini.

Shukor yang ternyata terkejut dengan pendedahan mengenai kepincanga­n yang berlaku, tidak menolak kemungkina­n suasana kurang selesa di akademi berkenaan turut menjadi penyumbang besar kepada kegagalan itu.

“Bagaimana kita mahu melahirkan pemain dan pasukan

(gambar)

yang berkualiti jika perkara asas diperlukan mereka seperti kelengkapa­n peralatan, padang latihan dan aspek pemakanan diabaikan.

“Kekurangan ini memberi kesan psikologi kepada pemain. Anak-anak muda ini bukan sekadar memerlukan tunjuk ajar di dalam padang malah aspek kasih sayang untuk melahirkan mereka sebagai pemain yang cintakan negara.

“Tapi, kalau dah makan pun kena catu dan tidak berkhasiat, macam mana nak main bagus. Hari itu saya terkejut mereka gagal tapi jika begitu keadaan di AMD, memang patutlah kita gagal,” katanya.

Shukor juga melahirkan rasa hairannya bagaimana selama ini pihak yang menguruska­n akademi itu mengambil sikap menutup mulut terhadap kepincanga­n yang berlaku.

“Kalau menteri tak pergi jenguk, mungkin hal ini terus dirahsiaka­n. Soal mengapa selama ini mereka termasuk (Lim) Teong Kim selaku pengarah akademi itu hanya mendiamkan diri sedangkan ini isu serius.

“Kelemahan seperti ini tidak patut berlaku kerana ia sebuah projek besar yang menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit. Banyak duit dan tenaga dicurahkan ke situ.

“Satu lagi, ingat, akademi ini membawa nama (Allahyarha­m Datuk) Mokhtar Dahari, janganlah kita rosakkan nama legenda kita dengan soal begini,” tegasnya.

Kepincanga­n yang berlaku di akademi bernilai RM85 juta itu terbongkar selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat lawatan mengejut ke sana, Jumaat lalu.

Antara kelemahan di akademi itu adalah kemudahan dan peralatan serba kekurangan serta tidak sesuai dan mengalami kerosakan termasuk padang yang ibarat padang kampung.

Lebih menyedihka­n perkara asas iaitu aspek pemakanan tidak diberi penekanan kerana makanan disediakan tidak menepati nutrisi diperlukan pemain malah dicatu daripada enam kali kepada tiga kali sehari sahaja.

 ??  ?? SYED Saddiq (kanan) ketika mengadakan lawatan ke padang AMD, Gambang baru-baru ini.
SYED Saddiq (kanan) ketika mengadakan lawatan ke padang AMD, Gambang baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia