Harian Metro

Optimis mara final

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

„ Irfan yakin kemampuan anak buah harungi 90 minit di Larkin

Biarpun skuad Terengganu FC (TFC) tidak memiliki bekalan selesa sebelum turun ‘berperang’ dalam baki 90 minit lagi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 20 Oktober ini, nada keyakinan tetap ada buat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dalam misi ke final musim ini.

“Ini satu petanda baik kepada saya dan pasukan apabila kami berjaya mencatat kemenangan sebelum aksi separuh akhir kedua nanti yang pasti lebih mencabar.

“Walaupun hanya menang tipis 1-0, tapi ia tetap berharga buat kami sebelum pergi ke Johor,” kata Irfan Bakti.

Pada perlawanan mendebarka­n itu, skuad Penyu menewaskan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil jaringan pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-78.

Bagaimanap­un Irfan Bakti berkata, secara keseluruha­nnya beliau belum boleh tersenyum lebar selepas menyaksika­n anak buahnya gagal mencipta lebih banyak peluang untuk menghasilk­an jaringan walaupun beraksi di stadium sendiri.

Mengenai kepincanga­n jentera tengah pasukannya yang dikepalai Lee Tuck dan Thierry Chantha Bin terutama pada babak pertama perlawanan, jurulatih itu mengakui perkara itu sebelum memasukkan Mohd Faiz Mohd Nasir bagi mengimbang­i kekuatan lawan.

“Namun untuk perlawanan timbal balik di sana nanti saya akan memikirkan kata Figueroa.

Ketika ditanya adakah skuad JDT mempunyai masalah dalam aksi itu, beliau menafikann­ya, sebaliknya mengakui skuad TFC lebih baik mengekang asakan skuadnya.

Pada perlawanan itu, pemain gantian skuad Penyu kelahiran Pahang, Abdul percaturan terbaik untuk berdepan penyokong lawan dan harap pemain yang diturunkan nanti lebih berdisipli­n,” kata Irfan Bakti. Malik Mat Ariff muncul wira pasukannya apabila berjaya meledak gol kemenangan 1-0 pada minit ke-78.

Mengulas lanjut, Figueroa berkata, beliau akan menggandak­an latihan dengan baki 14 hari lagi sebelum aksi kedua bagi memastikan tiket ke final menjadi milik pasukannya.

 ??  ?? PEMAIN TFC, Igor
Zonjic (kanan) mengasak pintu
gol JDT.
PEMAIN TFC, Igor Zonjic (kanan) mengasak pintu gol JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia