Harian Metro

Nurul Syamina kebanggaan Sarawak

-

Sibu: Kerap menangis ketika masih bayi dan mengalami masalah pendengara­n bukan halangan buat kanak-kanak perempuan ini menjalani kehidupan seperti insan normal.

Kekurangan itu juga menjadikan Nurul Syamina Sulaihi, 11, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Sibu lebih istimewa di hati ibu bapanya sehingga terpilih mewakili Sarawak dalam Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan kategori bagi masalah pendengara­n di Kelantan, 16 Oktober ini.

Ibunya Hajariah Hadni, 45, berkata, kekurangan yang dialami anak keempat daripada lima beradik itu bukan menjadi alasan untuk dia tidak berjaya seperti insan lain, malah kejayaan yang dikecapi adalah hasil usahanya.

“Saya dan suami terkejut selepas Nurul Syamina dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Bercerita Sekolah Rendah Kategori BD (Bermasalah Pendengara­n) dalam Majlis Tilawah AlQuran Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan

(SK) Abang Kadir, Gedong, semalam.

“Lebih membuatkan kami terharu apabila Nurul Syamina terpilih mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan di Kelantan.

Satu tanggungja­wab yang besar perlu digalasnya nanti,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hajariah yang berasal dari Kampung Sok, Matu berkata, walaupun agak pendiam, Nurul Syamina gemar membaca kisah nabi dan menyampaik­an dalam bentuk cerita dengan caranya tersendiri.

Katanya, sebelum ini anak ketiga mereka, Mohd Syafiq, 17, pernah menempa kejayaan sama, namun belum berpeluang ke peringkat kebangsaan seperti yang pernah diraih oleh adiknya sekarang.

Sementara itu, guru pembimbing Nurul Syamina, Farhana Kawid, 29, berkata, dalam saingan peringkat akhir, anak didiknya berjaya mengenepik­an saingan tiga peserta lain.

“Alhamdulil­lah, dia (Nurul Syamina) menyampaik­an cerita tentang dakwah Nabi

Noh untuk kaumnya dengan begitu baik sekali. Latihan lebih intensif akan dilakukan bagi memantapka­n teknik pembacaann­ya untuk bersaing di peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN gerai kraf tangan yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Pekan Taginambur.
KEADAAN gerai kraf tangan yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Pekan Taginambur.
 ??  ??
 ??  ?? NURUL Syamina (kiri) bersama Nurul Ain Najihah Rosli, johan khat jawi kategori BD rendah perempuan selepas Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir, Gedong Simunjan.
NURUL Syamina (kiri) bersama Nurul Ain Najihah Rosli, johan khat jawi kategori BD rendah perempuan selepas Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir, Gedong Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia