Harian Metro

TIGA METER SELISIH AJAL

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Pesara tentera menangguhk­an hasrat membuka kedai gunting rambut di pekan Taginambur, di sini, selepas premis bersebelah­an dirempuh sebuah pacuan empat roda dan nyaris meragut nyawanya, kelmarin.

Ketika kejadian jam 5.40 petang, Hidayat Abdullah, 42, berkata, dia berbincang bersama abangnya, Sulimin, 60, berhubung hasrat itu di depan kedai terbabit sebelum dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara.

“Hanya tiga meter jarak memisahkan saya dan abang dengan lokasi pacuan empat roda itu terhenti selepas merempuh gerai berkenaan.

“Disebabkan terkejut sangat, saya terdiam seketika sebelum menarik nafas panjang kerana masih diberi peluang untuk hidup,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 30-an itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah gerai kraf tangan yang terletak di tepi jalan.

Hidayat berkata, selepas kejadian itu, abangnya segera meminta bantuan bagi mengeluark­an pemandu kenderaan terbabit.

Sementara itu,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman berkata, selepas menerima panggilan jam 5.46 petang berhubung kejadian, sepasukan anggota dan satu jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, mangsa didapati hanya mengalami cedera ringan sebelum diambil keluargany­a untuk pulang ke rumah di Kampung Tamalang, di sini.

“Difahamkan, mangsa memandu dari arah Kampung Tamalang menghala ke pekan

Kota Belud sebelum hilang kawalan dan merempuh gerai di pekan Taginambur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia