Harian Metro

Guru rugi RM39,574 terpedaya ‘ayat manis’

-

Kuching: Berkenalan menerusi media sosial dan berperwata­kan seperti lelaki budiman selain mengaku mahu memberikan hadiah sebagai tanda persahabat­an.

Itu taktik licik lelaki dikenali sebagai Fred Stevens William Fernando yang mengaku seorang askar dari Amerika Syarikat dan berkenalan dengan seorang guru sejak pertengaha­n bulan lalu.

‘Ayat manis’ yang dituturkan setiap kali berhubung menerusi media sosial menyebabka­n wanita berusia 47 tahun itu terpedaya sebelum menyerahka­n wang tunai berjumlah RM39,574 kepada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superinten­dan Mustafa Gani Abdullah berkata, mangsa mula mengenali suspek pada 14 September lalu sebelum lelaki terbabit menyatakan hasrat untuk memberikan hadiah seminggu kemudian.

Katanya, suspek berjaya meyakinkan mangsa sebelum wanita terbabit membuat transaksi dalam talian berjumlah RM2,306 ke dalam akaun suspek.

“Selepas melihat mangsa berjaya dijerat, suspek terus meminta mangsa melakukan tiga lagi pemindahan wang sehingga Selasa lalu dengan jumlah keseluruha­n RM39,574.

“Alasan masih sama apabila suspek mendakwa ‘hadiah’ yang mahu dikirimkan kepada mangsa terpaksa melalui beberapa pemeriksaa­n dan memerlukan sejumlah bayaran cukai daripada pihak berkuasa. Kegagalan melunaskan ‘bayaran’ itu menyebabka­n hadiah itu disita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mustafa berkata, selepas pemindahan dilakukan sehingga 2 Oktober lalu, mangsa menyedari suspek mula berdolakda­lih selepas ditanya mengenai hadiah yang didakwa sebelum laporan polis dibuat kerana ditipu lelaki terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ?? Mustafa ?? Mangsa mula mengenali suspek pada 14 September lalu sebelum lelaki terbabit menyatakan hasrat untuk memberikan hadiah seminggu kemudian”
Mustafa Mangsa mula mengenali suspek pada 14 September lalu sebelum lelaki terbabit menyatakan hasrat untuk memberikan hadiah seminggu kemudian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia