Harian Metro

Pemancing hilang ditemui lemas

- Fardy@nstp.com.my

Pemancing lelaki yang hilang selepas bot dinaikinya karam di perairan Semarang, dekat sini, sejak kelmarin, ditemui lemas jam 11 pagi, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sibaru Apui, 54, dikatakan keluar memancing ikan bersama rakannya, Nasir Garar, 50, sejak Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, bot dinaiki mereka mengalami kebocoran sehingga memaksa mereka meninggalk­an bot berkenaan untuk menyelamat­kan diri dengan hanya memakai jaket keselamata­n.

Nasir yang terpisah dengan mangsa berikutan cuaca buruk terselamat selepas ditemui bot nelayan sebelum dihantar ke jeti Kuala Penyu dekat sini.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, berdasarka­n maklumat diterima Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n di kawasan berkenaan.

Katanya, APMM menggunaka­n aset KM Mabul melaksanak­an SAR dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan serta bot persendiri­an rakan mangsa.

“Kira-kira jam 11 pagi, satu mayat dijumpai bot PPM berhampira­n lokasi kejadian dan segera dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Labuan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Labuan untuk proses pengecaman dan disahkan sebagai mangsa yang hilang oleh ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Sehubungan itu, Che Adnan menasihati orang ramai supaya membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

“APMM Daerah Maritim Labuan mengambil berat isu keselamata­n di laut yang membabitka­n pemancing bot kecil dan bot nelayan.

“Komuniti maritim disarankan merujuk atau mendapatka­n maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa sebelum turun ke laut,” katanya.

Beliau berkata, sebarang aduan atau kecemasan di laut boleh dilaporkan menerusi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Daerah Maritim Labuan di talian 087 427999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia