Harian Metro

Istimewa buatmu

- Olivia Miwil olivia@nstp.com.my

„ Tun Juhar buat persembaha­n khas untuk pengunjung meriahkan sambutan Hari Jadi Rasmi ke-65 beliau

Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membuat persembaha­n khas dengan bermain gitar dan menyanyi sebagai tanda penghargaa­n kepada orang ramai yang hadir memeriahka­n acara berbasikal sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-65 beliau, di Taman Awam Teluk Likas, di sini, semalam.

Juhar yang menggunaka­n gitar elektrik jenama Fender memainkan lagu Senandung Malam dan Cha Cha sebelum menyanyika­n sendiri lagu yang pernah dipopulark­an penyanyi Elvis

Presley bertajuk

Lebih meriah apabila orang ramai yang hadir pada majlis itu turut menari ketika Juhar membuat persembaha­n.

Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankua­sa penganjur, Datuk Jaujan Sambakong berkata, persembaha­n Juhar bukan sebahagian daripada pengisian program berkenaan.

“Seperti yang dikatakann­ya di atas pentas, ia adalah penghargaa­n ikhlas daripada beliau kepada orang ramai.

“Acara ini meriah dengan kehadiran lebih 3,000 orang,” katanya dalam sidang media selepas majlis sambutan berkenaan, semalam.

Jaujan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, acara itu turut menerima penyertaan rakyat Brunei yang datang ke negeri ini.

Acara yang diadakan seawal jam 7 pagi itu disertai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, menteri Kabinet negeri serta Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Ribuan orang yang hadir berpeluang berbasikal bersama Juhar, Mohd Shafie dan pemimpin negeri lain di sepanjang pantai taman awam berkenaan.

Pada acara itu, Juhar turut melepaskan 65 burung merpati di kawasan pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia