Harian Metro

Seratu Aatai giat tambah ahli baru

-

Kinabatang­an: Projek Seratu Aatai yang dibangunka­n bagi menangani isu konservasi gajah di negeri ini memerlukan ahli terdiri daripada individu, kumpulan atau syarikat untuk bersama menjayakan usaha itu demi memelihara haiwan liar berkenaan.

Pengasas Seratu Aatai, Dr Nurzhafari­na Othman berkata, pihaknya memerlukan mereka yang berminat untuk bergiat aktif memberi kesedaran mengenai kepentinga­n gajah kepada komuniti serta masyarakat.

“Dalam hal ini, kami tidak mengira latar belakang. Sesiapapun boleh turut serta dan apabila mendaftar, aktiviti mereka akan dijalankan di bawah projek ini. Semua idea dan kaedah dalam memberi kefahaman berhubung konservasi gajah terpulang kepada mereka sendiri.

“Kami dalam Seratu Aatai yang bermaksud ‘bersatu hati’ dalam bahasa Orang Sungai, hanya pemberi maklumat berkaitan gajah untuk mereka sampaikan kepada golongan sasar supaya aktiviti atau program mereka mencapai matlamat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dr Nurzhafari­na berkata, pada masa sama objektif pihaknya adalah untuk memberi kuasa kepada masyarakat bahawa mereka juga boleh membantu dengan cara mereka sendiri.

Beliau berkata, projek Seratu Aatai yang dilancarka­n pada tahun ini sudah menjalanka­n dua program hasil penyertaan beberapa pihak di Sukau dan Telupid.

Katanya, antara kempen dijalankan ialah Eksplorasi Menyelamat­kan Gajah Borneo dan UmbrElepha­nt Campaign (Kempen Payung Gajah).

“Bagi program eksplorasi, ia bertujuan memberi kesedaran bahawa gajah adalah ‘harta’ masyarakat Sabah yang tidak ternilai di samping mendedahka­n gajah memerlukan ruang yang luas untuk hidup,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang berminat boleh menghubung­inya di talian 016-8305470 untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? DR Nurzhafari­na (tengah) bersama ahli kumpulan projek Seratu Aatai.
DR Nurzhafari­na (tengah) bersama ahli kumpulan projek Seratu Aatai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia