Harian Metro

Pantau budaya ‘ali baba’

-

Kuching: Kementeria­n Kerja Raya akan menubuhkan unit khas untuk memantau tindakan kontraktor Bumiputera di negeri ini yang mengamalka­n budaya ‘ali baba’.

Menterinya Baru Bian berkata, unit itu akan membantu kementeria­n mengesan kontraktor yang dianugerah­kan projek dan tender daripada kerajaan namun menyalahgu­nakannya dengan memberikan kepada pihak ketiga.

Katanya, beliau menerima 30 kertas kerja yang didapati wujudnya budaya ali baba bagi projek dan tender kerajaan di seluruh negara termasuk Sarawak.

“Kementeria­n mengambil serius budaya ali baba dalam kalangan kontraktor Bumiputera kerana ini memberi kesan negatif jika tidak ditangani segera. Unit ini dipantau kementeria­n dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Budaya ini hanya menyebabka­n kontraktor Bumiputera menjadi tidak kompeten untuk bersaing walaupun diberi kepercayaa­n oleh kerajaan bagi menyiapkan projek dianugerah­kan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama kontraktor Bumiputera Sarawak di Ibu Pejabat Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak, di sini, kelmarin.

Baru berkata, sudah menjadi hasrat kerajaan baharu memastikan kontraktor Bumiputera bersaing secara sihat dan mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain.

“Budaya ali baba ini tidak sihat jika dibiarkan berlarutan dan satu tindakan segera untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku akan dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia