Harian Metro

Tanda penghormat­an

- Mohd Rizal Abdullah cnews@nstp.com.my

„ Miri Runners Club anjur larian amal hargai pasukan bomba

Terharu dan hampir menitiskan air mata. Itu emosi bermain dalam diri Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong, ketika menyertai larian di Marina Park di sini, semalam.

Larian amal anjuran ‘Miri Runners Club’ itu sebagai penghormat­an kepada pasukan bomba selepas tragedi mengorbank­an enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tebatan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.

Program itu ternyata menyentuh perasaan 30 peserta, termasuk anggota bomba dari BBP Miri dan BBP Lopeng yang turut sama menyertai larian bermula pada jam 6 pagi itu.

Law berkata, beliau begitu tersentuh dengan inisiatif penganjur mengadakan program itu yang turut membabitka­n kutipan derma bagi Allahyarha­m Yahya Ali, 24, yang berasal dari Kampung Tian, Matu.

“Tidak sangka orang yang kita tidak kenal hubungi saya dan menerangka­n mahu menganjurk­an larian sebagai tanda penghormat­an pada pasukan bomba, khususnya anggota yang terkorban.

“Saya terharu dan tersentuh dengan inisiatif penganjur dan kami (bomba) turut dijemput menyertai larian itu sebagai tanda penghargaa­n mereka,” katanya.

Law berkata, beliau dan semua anggota BBP Miri dan BBP Lopeng meluangkan masa menyertai larian itu bersama keluarga.

Beliau berkata, lebih mengharuka­n, orang awam turut memakai baju-T program larian bomba dari tahun pertama penganjura­nnya pada 2015 sehingga tahun ini.

“Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Mohd Hamdan Wahid) mengucapka­n jutaan terima kasih kepada penganjur kerana tampil dengan inisiatif mulia ini, walaupun tidak mengenali kami tetapi mereka sanggup membuat sesuatu yang sangat bermakna bagi kami,” katanya.

 ??  ?? PESERTA yang menyertai larian amal Tribute to Bomba di Marina Park, Miri.
PESERTA yang menyertai larian amal Tribute to Bomba di Marina Park, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia