Harian Metro

Bina stesen mini petroleum

-

Sibu: Kerajaan meminta syarikat petroleum yang beroperasi di Sarawak membina stesen mini di kawasan luar bandar sebagai satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, tanggungja­wab syarikat petroleum bukan saja mendirikan stesen di bandar tetapi mereka perlu memberi perhatian kepada permintaan penduduk luar bandar.

Beliau berkata, kementeria­nnya akan membincang­kan cadangan ini bersama pengurusan syarikat petroleum bagi membolehka­n kekayaan negara dirasai bersama masyarakat luar bandar yang selama ini berdepan kesukaran membeli bahan api.

“Syarikat petroleum boleh menggunaka­n kaedah subsidi silang dengan menggunaka­n keuntungan dari stesen di bandar untuk menampung kos di stesen luar bandar yang mungkin mencatat margin keuntungan yang lebih rendah.

“Sebagai contoh, sekiranya stesen minyak di bandar memperoleh margin keuntungan dua peratus, margin ini tidak boleh digunakan untuk stesen di luar bandar,” katanya selepas merasmikan Stesen Minyak Petronas di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, kelmarin.

Chong berkata, pihaknya mengenal pasti antara 50 hingga 60 lokasi untuk pembukaan stesen minyak mini di pekan kecil dan pedalaman di negeri ini.

Katanya, pembukaan stesen ini juga akan dapat membantu dalam menstabilk­an harga barangan keperluan di kawasan luar bandar yang kini terpaksa dibeli pada harga lebih tinggi.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia