Harian Metro

Kes jenayah menurun 15%

-

Petra Jaya: Kadar jenayah indeks di bandar raya Kuching direkodkan menurun 15.45 peratus dalam tempoh Januari hingga 5 Oktober tahun ini berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Dalam tempoh berkenaan 1,007 kes dilaporkan berbanding 1,191 tahun lalu dengan 546 tangkapan dibuat manakala tahun lalu pula 611 tangkapan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, 369 kes diselesaik­an dalam tempoh itu manakala tahun lalu pula 420 kes direkodkan dalam tempoh sama.

Katanya, bagaimanap­un kecurian motosikal dan jenayah pecah rumah terus menjadi penyumbang terbesar jenayah indeks di bandar raya ini.

“Walaupun kes curi motosikal menurun dalam tempoh Januari hingga 5 Oktober iaitu 412 kes berbanding 486 dalam tempoh sama tahun lalu, jumlahnya masih tinggi.

“Begitu juga kes pecah rumah siang dan malam hari yang mencatat 192 kes tahun ini manakala tahun lalu 233,” katanya selepas Program Kepolisan Komuniti di Pasar Raya Mydin Petra Jaya, di sini, kelmarin.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai khususnya penduduk perumahan, kampung atau di premis perniagaan memberikan kerjasama melaporkan segera kegiatan jenayah dengan menghubung­i polis.

“Masyarakat hari ini lebih gemar berebut menjadi yang pertama melapor sesuatu kejadian dengan menyebarka­nnya di media sosial. Mereka sepatutnya lapor kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menyediaka­n talian hotline 082 244444 bagi memudahkan orang ramai menyalur segera maklumat sesuatu kejadian jenayah.

 ??  ?? NG (tengah) bertemu pengunjung Pasar Raya Mydin Petra Jaya pada Program Kepolisan Komuniti di Kuching.
NG (tengah) bertemu pengunjung Pasar Raya Mydin Petra Jaya pada Program Kepolisan Komuniti di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia