Harian Metro

“SAYA BUKAN MENTERI BODOH”

- Menteri di JPM, Datuk Dr Mujahid Yusof

- Nor Ain Mohamed Radhi, Ahmad Suhael Adnan dan Zarul Fitri Muhd Zamrie cnews@nstp.com.my

“Tidak perlu minta maaf pada Mujahid” - Mufti Negeri Sembilan “Serbuan khalwat bidang kuasa negeri” - Mufti Pahang “Jangan polemik pencegahan mungkar” - Mufti Perak

“Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri agama ini tak ada agama dalam diri dia,”.

Itu luahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritik­nya secara melulu tanpa menunggu penjelasan­nya terlebih dahulu.

“Golongan agamawan itu sepatutnya meminta atau menunggu penjelasan saya terlebih dahulu sebelum memberi pandangan (kaedah operasi khalwat) jika mereka menghormat­i saya.

“Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu maki hamun dan cerca.

“Kalau yang cakap itu orang di media sosial saya tidak kisah kerana bukan peringkat kita nak bincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat.

“Paling tidak, ambillah sikap meminta penjelasan daripada menteri dulu apa sebenarnya yang dikata, jika kita hormat dia tapi kalau tak hormat dia, memang dari awal lagi akan belasah.

“Akhirnya apabila saya tegur kesilapan tajuk itu dan minta mereka baca transkrip sepenuhnya, mana kita nak letak muka,” katanya ketika

berucap merasmikan Persidanga­n Meja Bulat Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS), Prof Mohammad Hashim Kamali.

Mujahid menegaskan, beliau tidak mempertika­ikan kuasa jabatan agama membantera­s aktiviti maksiat, sebaliknya membangkit­kan bagaimana ia boleh dilaksana

secara lebih bertanggun­gjawab serta tidak mencemarka­n prinsip Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat seluruh alam).

“Saya tidak cakap melainkan tahu apa yang saya bicarakan. Jangan pandang rendah orang, kita semua mesti terbina di atas pengetahua­n,” katanya.

Sebelum ini, laporan akhbar berbahasa Inggeris memetik Mujahid sebagai berkata, apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukan urusan kerajaan.

Ia mencetuska­n polemik dengan pelbagai pihak termasukla­h ahli politik, mufti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik, selain menyokong kenyataann­ya.

Antara yang menentang keras kenyataan Mujahid termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertaha­n serta senada dengan kenyataan Mujahid.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar pula mengambil pendekatan mahu menunggu kenyataan lanjut Mujahid sebelum mengulas isu itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia