Harian Metro

Si kecil kejar bapa dihukum gantung

-

Georgetown: Suasana pilu menyelubun­gi pekarangan luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, semalam apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilihat membawa bantal kecil mengejar bapanya yang diiringi polis selepas lelaki terbabit dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah.

Kanak-kanak itu yang ditemani neneknya dilihat meluru ke arah bapanya yang hanya mampu memandang sayu anaknya.

Situasi itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan tersentuh hati.

Terdahulu, Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh, Keow Sze Teve, 36, kerana mengedar dadah dan 16 tahun penjara dengan empat sebatan kerana memiliki senjata api dan peluru, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab berkata, pihak pembela gagal menimbulka­n keraguan munasabah dalam kes terbabit.

“Dalam keterangan­nya, tertuduh memberitah­u isterinya menghantar­nya ke lokasi dan dadah itu ditemui dalam kereta. Dia menafikan kereta itu miliknya dan mendakwa ia dipinjam daripada kawan.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n kenyataan polis, mereka menemui sijil kelahiran tertuduh dalam kereta itu. Tertuduh menafikann­ya dan mengatakan ia berada dalam beg sandangnya.

“Polis juga menemui kunci kereta dalam meja di lokasi tempat tertuduh ditahan. Berdasarka­n kes itu, mahkamah mendapati kesaksian tertuduh itu penafian semata-mata,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam C Ravi manakala kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranji­ni.

Dalam rayuannya, Ravi meminta mahkamah menjatukan i hukuman penjara dan juga sebatan minimum untuk tertuduh.

“Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja sebagai pengutip hutang kepada syarikat pemberi pinjaman wang berlesen, mempunyai isteri dan juga anak berusia tiga tahun dua bulan di bawah jagaannya,” katanya.

Abdul Wahab kemudian menjatuhka­n hukuman mati untuk dua pertuduhan pertama iaitu mengedar dadah, penjara lapan tahun dan dua sebatan masing-masing untuk tuduhan pemilikan pistol dan lima tahun penjara kerana memiliki peluru.

Bagi dua pertuduhan pertama, tertuduh dituduh mengedar 512.2 gram dan 474 gram methamphet­amine di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Machang Bubok pada 19 Jun 2015, jam 2 pagi.

Kesalahan itu dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga dan empat, tertuduh dituduh memiliki pistol berjenama 8000 FT dan 12 peluru 9mm jenama RA1 10 Luger di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Machang Bubok pada 19 Jun 2015 pada jam 2 pagi.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, dia dituduh memiliki pistol berjenama Pietro Beretta Gardone VT dan 32 peluru jenama S&B 9X9 12 dan 15 peluru jenama S&B 40 S&W di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Keow yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati di pekarangan luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam
ANGGOTA polis mengiringi Keow yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati di pekarangan luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia