Harian Metro

Rani cari Wahid

„ Wanita jejak sahabat poskad terpisah 45 tahun

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

Poskad disimpan sejak 45 tahun lalu menjadi bukti persahabat­an seorang wanita India dan lelaki Melayu yang kini terputus hubungan selepas masing-masing membawa haluan hidup sendiri.

Kini kad yang tersimpan rapi dalam album usang itu mengingatk­an S Rani, 62, terhadap rakan lamanya ketika bekerja di syarikat elektronik di Jalan Abdullah Tahir di sini.

Rani yang juga ibu dua anak berusaha menjejaki sahabat lama dikenali sebagai Wahid selepas kali terakhir mereka bertemu di kediaman keluargany­a di Bandar Baru Uda sekitar 1980-an.

Katanya, dia teringin bertemu rakan lamanya itu yang dianggap baik hati bukan saja sering mengutuska­n poskad malah melawatnya yang ketika itu hamil lima bulan.

“Susah nak dapat kawan baik seperti dia. Biarpun tempoh perkenalan kami lima bulan, tetapi dia sering utus poskad untuk bertanya khabar.

“Rakan sebangsa pun tidak sebaik Wahid, bahkan dia sanggup bawa isterinya ke kediaman ibu semata-mata melawat saya yang sedang mengandung,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, memori persahabat­an mereka terimbau dua bulan lalu selepas dia melihat poskad yang disimpan 45 tahun lalu.

“Saya luah hasrat bertemu Wahid pada adik dan dia cadang membuat carian di laman sosial Facebook.

“Bagaimanap­un kami gagal mengesan identitiny­a kerana tidak tahu nama penuh bapanya selain hanya bergantung kepada nama Wahid,” katanya.

Katanya, rakannya ketika itu berkhidmat sebagai tentera laut dan berasal dari Batu Pahat beralamat terakhir di FELDA di Kota Tinggi.

Mereka yang ada maklumat mengenai rakan baiknya itu boleh menghubung­i talian 014-3934481.

 ??  ?? RANI menunjukka­n poskad terakhir yang diterima daripada Wahid.
RANI menunjukka­n poskad terakhir yang diterima daripada Wahid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia