Harian Metro

Serbu kasino ladang sawit

-

Bukit Mertajam: Kasino kelapa sawit. Itu taktik sekumpulan tahi judi yang menjadikan ladang sawit sebagai lokasi melepaskan gian bertaruh di Jalan Permatang Tinggi di sini, kelmarin.

Dilengkapi meja, kerusi dengan bumbung kanvas, golongan ini sanggup bersengkan­g mata serta masuk ke kawasan tersorok semata-mata mahu berjudi.

Bagaimanap­un, perbuatan mereka terbongkar apabila lokasi itu diserbu sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Dalam serbuan jam 8 malam, 11 lelaki berusia 38 hingga 63 tahun ditahan dan pelbagai peralatan judi dirampas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika serbuan semua suspek leka berjudi dan tidak sempat melarikan diri kerana kawasan terbabit dikepung.

Menurutnya, pemeriksaa­n mendapati mereka menjadikan kawasan tersorok dalam ladang sawit kerana mahu mengelak dikesan polis dan orang ramai.

“Mereka guna generator untuk bekalkan elektrik dengan melakukan pendawaian sendiri.

“Mereka sangka kawasan itu selamat kerana jauh dari orang ramai namun kami dapat hidu aktiviti itu hasil risikan dan maklumat awam,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, semua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPDSPT dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Peralatan dirampas seperti meja, kerusi, alas meja, bateri, lampu, pelbagai cip, dadu dan mangkuk seramik serta plastik yang digunakan untuk aktiviti terbabit.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM274,” katanya.

 ??  ?? MEJA tempat tahi judi bertaruh.
MEJA tempat tahi judi bertaruh.
 ??  ?? KASINO yang dibina di tengah ladang sawit diserbu, malam kelmarin.
KASINO yang dibina di tengah ladang sawit diserbu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia