Harian Metro

Suspek ketiga bunuh kucing direman 4 hari

-

Kuala Lumpur: Seorang lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh kucing bunting yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, direman empat hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman suspek berusia 41 tahun itu dikeluarka­n Majistret Nurul Izzah Hasan Basri di Mahkamah Majistret Selayang.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh haiwan.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju merah masuk ke Mahkamah Majistret jam 10.15 pagi sebelum keluar 45 minit kemudian.

Turut kelihatan, peguam yang mewakili suspek, Rajsurian Pillai.

Difahamkan, suspek yang juga pekerja kontrak ditahan polis malam semalam, di Seri Kembangan selepas hampir sebulan dia melarikan diri.

Sebelum ini, pada 21 September lalu, dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan kejam menyebabka­n penderitaa­n yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu.

Kedua-dua tertuduh, A Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya, S S Satthiya, 26, bagaimanap­un ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mampu membayar jaminan masing-masing RM18,000.

Pada 13 September lalu, media melaporkan seekor kucing bunting ditemui mati berdarah akibat melecur di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria.

 ??  ?? SUSPEK yang dikaitkan dengan kes bunuh kucing di Taman Gombak Ria keluar daripada Mahkamah Majistret Selayang.
SUSPEK yang dikaitkan dengan kes bunuh kucing di Taman Gombak Ria keluar daripada Mahkamah Majistret Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia