Harian Metro

Permit 28 kenderaan syarikat digantung

-

Putrajaya: Permit 28 kenderaan Syarikat Usaha Maju Trading Sdn Bhd digantung serta-merta selama dua minggu susulan kejadian sebuah treler milik syarikat itu terbabit kemalangan mengakibat­kan lima mangsa rentung di Kilometer 255.3, Lebuhraya PLUS arah utara dekat Terowong Menora, Ipoh, Sabtu lalu.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata, notis penggantun­gan itu akan dikeluarka­n Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) bagi membolehka­n audit serta-merta ke atas syarikat itu dilakukan.

“Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah juga sudah diarahkan untuk memastikan semua 28 kenderaan milik syarikat ini tidak beroperasi dan berada di depoh syarikat.

“Selepas audit dijalankan, jika surat tunjuk sebab dikeluarka­n, lesen pengendali operasi syarikat ini boleh digantung,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian lima sekeluarga yang maut selepas kenderaan Kia Forte yang mereka naiki dihimpit treler membawa muatan biji besi sebelum terbakar dalam insiden kira-kira jam 11.45 pagi, Sabtu lalu.

Treler yang dikatakan dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan.

Selain itu, Loke berkata, kementeria­n juga sudah meminta Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk melakukan kajian bagi mencari alternatif supaya jajaran laluan Terowong Menora tidak digunakan kenderaan berat.

“Bagaimanap­un, kajian perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk mengambil kira kesan kepada pengguna lain sekiranya jalan alternatif digunakan termasuk jalan Persekutua­n,” katanya.

mangsa dipercayai wanita itu akan dapat dihubungi dalam masa terdekat.

“Setakat ini, maklumat mangsa yang kami peroleh dua penumpang wanita dan seorang bayi lelaki. Semalam, ahli keluarga masing-masing datang menjalani ujian DNA.

“Siasatan dan usaha mengesan waris mangsa dilakukan secara menyeluruh termasuk pemeriksaa­n ke

atas nombor casis kenderaan yang digunakan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan daripada Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta berkenaan ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan, sebelum kenderaan itu terbakar.

 ??  ?? ANTHONY
ANTHONY
 ??  ?? ZAHIRI
ZAHIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia