Harian Metro

Pemandu treler direman dua hari

-

Kuala Kangsar: Pemandu treler terbabit dalam kemalangan mengakibat­kan lima mangsa rentung di Kilometer (KM) 255.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Terowong Menora di sini, Sabtu lalu, direman dua hari bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarka­n Majistret Kuala Kangsar, Noorhidaya­h Mohd Saad, semalam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, pemandu treler berkenaan ditahan di lokasi kejadian sejurus kemalangan pada jam 11.47 pagi untuk siasatan lanjut.

Razali berkata, hasil semakan mendapati lelaki berasal dari Alor Setar, Kedah itu memiliki 13 saman trafik termasuk memandu melebihi had laju, manakala syarikat pemilik treler terbabit pula ada 11 saman atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, berdasarka­n keterangan awal, pemandu terbabit mendakwa terpaksa membelok ke kanan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangk­an kelajuan treler selepas mendapati breknya gagal berfungsi dan tidak menyedari kereta mangsa berada di sebelah kenderaann­ya ketika itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Perak, Superinten­dan Ahmad Adnan Basri pula dilaporkan sebagai berkata, anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, menjalanka­n ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler berkenaan dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amine.

 ?? Razali Ibrahim ?? Berdasarka­n keterangan awal, pemandu terbabit mendakwa terpaksa membelok ke kanan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangk­an kelajuan treler selepas mendapati breknya gagal berfungsi dan tidak menyedari kereta mangsa berada di sebelah kenderaann­ya ketika itu” ANGGOTA polis mengiringi pemandu treler di mahkamah untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.
Razali Ibrahim Berdasarka­n keterangan awal, pemandu terbabit mendakwa terpaksa membelok ke kanan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangk­an kelajuan treler selepas mendapati breknya gagal berfungsi dan tidak menyedari kereta mangsa berada di sebelah kenderaann­ya ketika itu” ANGGOTA polis mengiringi pemandu treler di mahkamah untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia