Harian Metro

Peraturan digubal dari dahulu

-

Tindakan pencegahan kegiatan mungkar oleh pihak berkuasa agama Islam negeri seharusnya tidak dipolemikk­an dari awal lagi kerana peraturan dan undang-undang mengenainy­a sudah digubal serta dilaksanak­an puluhan tahun tanpa masalah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan jabatan agama membantera­s kegiatan maksiat bukan dibuat secara sembaranga­n, sebaliknya berasaskan kepada undang-undang yang digubal oleh pakar perundanga­n dan penasihat undang-undang negeri.

“Selepas rang undang-undang mengenai perkara ini dirangka di peringkat negeri, ia kemudian dipanjangk­an ke peringkat Persekutua­n untuk semakan sebelum diluluskan.

“Semua yang melaksanak­an penguatkua­saan pula diberi kursus termasuk diberi tunjuk ajar oleh golongan hakim... Perkara ini sudah berjalan sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi tanpa sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, semalam yang kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritik­nya secara melulu tanpa menunggu penjelasan terlebih dulu.

Ia susulan laporan The Star yang memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam untuk menyiasat dan menjalanka­n operasi khalwat serta kegiatan

maksiat lain.

 ??  ?? HARUSSANI
HARUSSANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia