Harian Metro

Serbu atas aduan kukuh

-

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa agama hanya akan membuat serbuan membantera­s aktiviti khalwat atau maksiat lain jika menerima aduan yang kukuh mengenai perbuatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak yang mahu membuat aduan pula digalakkan menasihati pelaku maksiat itu terlebih dulu sebelum melaporkan­nya kepada pihak berkuasa agama.

Selepas menerima aduan, katanya, pihak berkuasa agama akan menyiasat bagi memastikan perbuatan maksiat itu benar-benar berlaku dan hanya akan membuat serbuan selepas mendapatka­n waran serta dengan kehadiran polis.

“Bagi pihak berkuasa, sebarang penguatkua­saan terhadap nilai moral perlu dilaksanak­an secara berhati-hati dan memastikan sama ada ia dilakukan dalam ruangan peribadi atau awam.

“Sebagai kerajaan, apa yang kamu lakukan dalam ruang peribadi bukan urusan kami namun sebagai orang Islam yang melihat jirannya melakukan kesalahan, adalah tanggungja­wab kamu menasihati jiran itu,” katanya pada sidang media selepas Persidanga­n Meja Bulat Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin di sini, semalam.

Mujahid berkata, pihak berkuasa agama masih boleh membuat serbuan di kawasan peribadi sekiranya ada aduan perbuatan maksiat itu mengganggu kenteraman awam, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan jabatan agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia