Harian Metro

Aneh pemerintah belum isytihar darurat

-

Matanya suram merenung kosong jauh ke arah laut. Fikirannya masih celaru sambil sesekali menghela nafas berat.

Puas dia memikirkan bagaimana laut yang begitu tenang boleh memusnahka­n seluruh kebahagiaa­nnya sekeluarga.

Malah ribuan penduduk lain yang menetap di pesisir Pantai Talise turut senasib dengannya. Dia jadi makin kusut dan bingung.

Laut ketika itu muncul menggulung setinggi pokok kelapa sebelum merobek serta melenyapka­n rumah didiami sejak puluhan tahun lalu pada petang 28 September lalu.

Mangsa, Rosman Hasarudin, 47,yang ditemui wartawan hanya mampu duduk lesu pada tangga batu di tapak peninggala­n rumahnya.

Tangga itu satu-satunya bahagian rumah yang terselamat dan tidak dihanyutka­n ombak tsunami.

“Hanya 30 saat, mungkin lebih pantas daripada itu. Ombak tsunami muncul ganas dan memecahkan dinding kayu rumah sebelum mencabut semua tiang dan bumbung.

“Ombak kedua lebih besar kemudian menyusul sebelum menyapu bersih seluruh isi rumah. Hanya tangga hadapan rumah ini yang tidak dihancurka­n ombak,” katanya yang bekerja di kuari batu berhampira­n.

Malah menurutnya, dua motosikal dan kereta miliknya turut lenyap dan tidak ditemui hingga kini.

Walaupun terselamat, dia bersama lapan ahli keluarga lain bingung memikirkan sampai bila harus terus menghuni tenda (khemah) ‘pelarian’ bencana.

“Ada yang ajak berpindah ke kabupaten (daerah) atau kota lain. Mulakan hidup baru di sana. Namun kami tiada uang (wang) dan saudara-mara lain.

“Kami masih menghuni tenda plastik di atas bukit. Tiada tandas dan air bersih. Malah malamnya gelap tanpa listrik (bekalan elektrik). Tidak tahu sampai bila, bingung memikirkan­nya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Winda Lantauba, 48, dan suami, Sudarman Majid, 52, hanya mampu mengumpul sisa periuk, sudu dan pinggan daripada tinggalan tapak rumah mereka yang musnah dihentam tsunami.

“Dulu wujud rumah besar kami di sini. Kedudukann­ya hanya kurang 100 meter dari gigi pantai Talise. Tapi kini hanya tinggal lantai simen dan kayu buruk.

“Kami hilang segalanya sekelip mata. Belum pasti jika pihak pemerintah (kerajaan) akan membantu untuk membina rumah kami semula,” katanya.

Mengimbau semula saat kejadian, dia memberitah­u sempat menggendon­g dua cucunya, Afifah Idrus, dua tahun dan Lingar Idrus, lima tahun, sebelum lari ke arah bukit terletak hampir satu kilometer dari pantai.

“Saya masih ingat lagi ombak tsunami mengejar laju. Ramai mangsa yang terjatuh

Palu: Angka kematian hampir mencecah 2,000 mangsa sejak 11 hari lalu. Malah dipercayai lebih 5,000 lagi mangsa masih hilang, terbenam bahkan gagal ditemui sehingga kini.

Anehnya, pihak kerajaan Indonesia masih belum mengisytih­arkan darurat atau status bencana nasional terhadap malapetaka gempa bumi dan tsunami menimpa bumi Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Pelbagai persoalan dibahaskan ramai warga Sulawesi mahupun petugas media tempatan sepanjang berkampung membuat liputan bencana ini.

Pelbagai kritikan turut dilemparka­n kepada pejabat gabenor dan pusat di Jakarta pada saat ratusan ribu warga kota ini masih panik serta trauma dengan tragedi berkenaan.

Menurut mereka, gempa ini jauh

„ Ribuan penduduk menetap di pesisir Pantai Talise hilang tempat berteduh

ketika berlari dan lenyap ditelan gelombang tsunami. Mereka mati begitu saja,” katanya.

Dia turut menitiskan air lebih teruk berbanding gempa bumi di Padang, Sumatera pada 2009 atau di Pidie Jaya, Aceh pada Februari tahun lalu.

Gempa bumi dan tsunami kali ini melumpuhka­n sepenuhnya ekonomi bandar Palu dan menelan jumlah nyawa amat besar.

Pada masa sama, ramai yang hairan sikap dingin pihak kerajaan Indonesia terhadap tawaran bantuan antarabang­sa biarpun Kementeria­n Koordinato­r Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia mengumumka­n membuka pintu negara sahabat yang mahu membantu menangani bencana pasca gempa bumi dan tsunami itu.

Wartawan yang berada di Palu sejak enam hari lalu mendapati bilangan sukarelawa­n asing yang dibenarkan memasuki negara ini amat sedikit berikutan matanya sesekali mencium dua cucunya yang merintih haus serta lapar.

Sudarman memaklumka­n tidak dapat ke laut lagi menangkap pelbagai syarat ketat dikenakan.

Pihak pemerintah Indonesia jelas tidak mengingink­an bantuan makanan, pakaian atau ubat-ubatan seperti disangka ramai.

Sebaliknya, apa dimahukan adalah khidmat pesawat bagi proses pemindahan tentera dan mangsa, alat penapis air bersih, generator elektrik dan doktor pakar.

Ternyata pihak pemerintah yakin dengan kemampuan sendiri bagi menyelesai­kan kemelut dihadapi tanpa mahu terhutang budi atau bergantung pada kuasa luar.

Malah ada juga yang menyatakan tindakan mengisytih­arkan darurat boleh menjejaska­n kedatangan ramai pelancong asing, sekali gus merugikan ekonomi dan sektor pelanconga­n negara. ikan apabila bot miliknya turut hanyut dan dipecahkan tsunami.

Wartawan yang membuat tinjauan sekitar perkampung­an Talise, Timur Palu, kelmarin mendapati tinggalan kesan kemusnahan tsunami masih jelas kelihatan sepanjang hampir 10 kilometer.

 ??  ?? ROSMAN duduk di tangga rumahnya yang hilang dipukul badai tsunami. SUDARMAN mengutip sisa barangan yang boleh digunakan dari tapak rumah yang musnah.
WINDA dan Sudarman melihat tapak rumah mereka yang musnah.
ROSMAN duduk di tangga rumahnya yang hilang dipukul badai tsunami. SUDARMAN mengutip sisa barangan yang boleh digunakan dari tapak rumah yang musnah. WINDA dan Sudarman melihat tapak rumah mereka yang musnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia