Harian Metro

BEREBUT ‘KAIS ’SISA BENCANA

„ Mangsa sibuk cari barangan berharga dicelah-celah runtuhan bangunan perniagaan

-

Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia menyebabka­n Kota Palu menjadi seolah-olah tempat timbunan sampah besar.

Terdesak untuk mendapatka­n barang menyebabka­n sebahagian masyarakat­nya yang menjadi mangsa badai itu tidak segan mencari apa saja boleh digunakan di sebalik celah sampah dan runtuhan.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti misi bantuan kemanusiaa­n anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) terkedu dengan pemandanga­n menyayat hati melihat mangsa berkeadaan sedemikian.

Antara lokasi tumpuan mangsa yang berebut mencari ‘sesuatu’ untuk ikhtiar hidup itu ialah di sekitar runtuhan pasar raya berhampira­n ikon binaan kota ini, Jambatan Ponulele.

Cuaca panas dan tiada lagi pencarian mayat menyebabka­n kawasan segitiga emas perniagaan yang sibuk sebelum bencana kelihatan tetap sibuk dengan si pencari harta berharga.

Kalangan mereka yang mencari ‘sesuatu’ disebalik sampah itu tidak kira usia sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua.

Malah, jelas terpancar kegembiraa­n pada wajah seorang wanita yang menemui kasut di celah runtuhan kedai kasut ketika wartawan merakamkan rencam hidup mangsa bencana dari dalam van yang dinaiki bersama peserta misi.

Semalam, genap 10 hari gempa bumi berskala 7.5 magnitud disusuli tsunami melanda Sulawesi di Palu dan Donggala.

Orang ramai yang mahu membantu mangsa tsunami dan gempa di Palu boleh hulurkan sumbangan ke akaun Muslim Care Malaysia di Maybank 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 atau Bank Muamalat 1401000765­4717.

Slip sumbangan boleh SMS atau WhatsApp kepada Ustaz Rashdan di talian 017-3333881, Ustaz Safuan (013-4886447), Johari (016-9978323) atau Zulkifli (019-2518771).

 ??  ?? PENDUDUK tidak melepaskan peluang mencari harta yang masih berharga di kawasan runtuhan.
PENDUDUK setempat diberi bantuan pakaian terpakai. ANGGOTA paramedik merawat dan memberi bantuan mangsa gempa dan tsunami di hospital medan.
PENDUDUK tidak melepaskan peluang mencari harta yang masih berharga di kawasan runtuhan. PENDUDUK setempat diberi bantuan pakaian terpakai. ANGGOTA paramedik merawat dan memberi bantuan mangsa gempa dan tsunami di hospital medan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia