Harian Metro

Tangkis tohmahan terhadap kakak

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Noorkumala­sari menafikan dakwaan mengatakan kakaknya yang juga penyanyi popular, Anita Sarawak menghidap kanser dan sudah bercerai.

Noorkumala­sari, 62, yang mesra disapa Noor ketika ditemui berkata, semua dakwaan mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi tidak benar sama sekali.

Noor yang juga penerima Anugerah Khas Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31) yang

„ Noorkumala­sari nafi Anita Sarawak hidap kanser, bercerai

berlangsun­g di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini, malam kelmarin berkata, Anita hanya berhubung dengan seorang lagi kakak mereka dan tidak pernah menghubung­inya atas beberapa sebab.

“Dia tidak hubungi saya kerana dia tahu jika saya tahu, orang ramai akan mencari saya. Jadi, dia banyak berhubung dengan kakak saya.

“Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah, sekali gus mengesahka­n mereka masih lagi suami isteri,” katanya.

Menurutnya, Anita bersama suaminya kini menjalanka­n perniagaan jual beli hartanah di Amerika Syarikat.

“Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di Las Vegas lagi. Mereka kini menjalanka­n perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah.

“Daripada apa yang diberitahu kakak saya, mereka sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Noor berkata, Anita juga mahukan kehidupan normal seperti orang lain.

“Mungkin di sini mereka tidak dapat privasi kerana ke mana saja, mesti akan mendapat perhatian orang ramai. Itu adalah lumrah sebagai artis.

“Jadi, mungkin kehidupann­ya di sana lebih mudah dan rasanya dia sendiri pun sudah puas dengan zaman kegemilang­annya,” katanya.

Beberapa bulan lalu, timbul dakwaan mengatakan Anita bersama Mahathir menetap di Amerika Syarikat, Perancis dan pernah juga dikatakan tinggal di Singapura.

Anita juga dikatakan tidak menyanyi sejak 2011 lagi.

 ??  ??
 ??  ?? ANITA Sarawak
ANITA Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia