Harian Metro

SETIAP MISI GADAI NYAWA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Penyelamat PPDA terdedah kepada risiko ketika operasi menyelamat

Petaling Jaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menegaskan ada dua prosedur operasi standard (SOP) utama untuk dipatuhi sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, SOP pertama memfokus pada kaedah SAR di permukaan air di lokasi kejadian.

Beliau berkata, SOP kedua pula berkaitan peralatan dan keselamata­n anggota PPDA yang menyelam.

“Dua SOP itu lengkap, namun boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Ketika ini, SOP berkenaan menggarisk­an mesti ada tujuh anggota termasuk seorang ketua ketika operasi itu.

“Jika di laut, untuk operasi empat jam dan ke bawah, kita kerahkan satu pasukan saja.

Kuantan

Hampir dibaham buaya dan cedera dipukul ombak. Itu antara cabaran terpaksa dihadapi pegawai dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila sanggup mempertaru­hkan nyawa mereka sendiri demi menyelamat­kan insan lain.

Pegawai PPDA Zon 1 Kuantan, Pegawai Bomba Kanan II Alif Hafizul Mohamad, 35, berkata, cabaran dilalui PPDA jarang diketahui masyarakat sehingga nyawa rakan mereka terkorban baru-baru ini.

Katanya, ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terutama mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan air, pihaknya berdepan pelbagai kesukaran termasuk ‘bermain’ dengan keadaan cuaca tidak menentu.

“Ketika menyelam di kawasan pantai ada anggota yang cedera akibat bot terbalik ketika laut bergelora, kadangkala kita terpaksa menyelam pada waktu malam untuk mencari mangsa.

“Macam saya sendiri juga mempunyai pengalaman mencari mangsa lemas di kawasan Air Terjun Berkelah yang mana kawasan ini perlu didaki selama tiga jam sebelum mayat dibawa turun,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan

Penyelamat Kuantan di sini, semalam.

Bapa tiga anak itu berkata, PPDA juga perlu mengharung­i tempoh operasi hingga memakan masa dua minggu sebelum operasi ditutup dan perkara itu menuntut semua anggota mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Alif Hafizul berasal dari Kota

Bharu, Kelantan turut berkongsi pengalaman ketika beliau menjadi sebahagian daripada anggota PPDA sejak 11 tahun lalu apabila perlu menjalani latihan intensif yang sukar.

Katanya, latihan selama hampir dua bulan sebelum ditauliah sebagai warga PPDA bukan semudah disangka apabila mereka yang memilih jalan itu perlu mempelajar­i latihan menyelamat selain lulus dengan merit ditetapkan.

“Kami perlu berenang sejauh

800 meter dalam tempoh masa ditetapkan begitu juga berlari sejauh 2.4 kilometer dan perlu mengapungk­an diri di air selama 15 minit.

“Ketika di pusat latihan kami juga diajar cara mengendali­kan peralatan menyelam selain menghadapi situasi cemas ketika menyelamat­kan mangsa,” katanya.

Sementara itu, rakannya Mardi Abdullah, 40, dari Kuala Terengganu berkata, tugas PPDA pada hari ini semakin mencabar dan menuntut warganya sentiasa cergas dan sihat.

“Macam kami di Zon 1 Kuantan, kami menjalani latihan dua kali sebulan di beberapa kawasan seperti di Sungai Lembing dan kawasan hutan lipur. Kemahiran dan kecergasan kami perlu berada di tahap yang baik,” katanya.

PPDA yang juga satu daripada enam unit khas dalam JBPM turut membantu Polis Diraja Malaysia dalam melakukan selaman mencari bahan bukti di kawasan yang memerlukan kepakaran mereka.

 ?? Abdul Wahab ?? Kita tidak membenarka­n anggota tidak sihat ke lokasi
kejadian
Abdul Wahab Kita tidak membenarka­n anggota tidak sihat ke lokasi kejadian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia