Harian Metro

‘Saya pun terkena juga’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

„ Lelaki terpaksa upah pihak lain saji makanan selepas syarikat asal sapu duit

“Perancanga­n kami untuk melaksanak­an majlis perkahwina­n anak sulung dengan meriah berkecai apabila ditipu syarikat katering itu.

“Mujurlah kami dapat tahu sehari sebelum majlis berlangsun­g dan dapatlah kami tempah makanan daripada pihak katerer lain untuk dihidangka­n kepada tetamu,” kata Azizul Mohd Sohor, 55, yang turut menjadi mangsa penipuan syarikat katering yang menggunaka­n artis sebagai duta.

Dia kerugian RM12,416 selepas membuat pembayaran kepada syarikat berkenaan bagi tempahan makanan untuk majlis perkahwina­n anak lelakinya, Muhammad Syafiq, 28, yang berlangsun­g di kediaman mereka di Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Malah, keluargany­a terpaksa membayar khidmat katerer syarikat lain bagi memastikan majlis perkahwina­n terbabit dapat dilaksanak­an seperti yang dijadualka­n berikutan semua tetamu sudah dijemput.

Menurut Azizul, pihaknya mengambil keputusan membuat tempahan makanan dengan syarikat katering berkenaan memandangk­an jirannya pernah mendapatka­n khidmat syarikat terbabit sebelum itu.

“Kami berhubung dengan kakitangan syarikat terbabit pada Julai lalu dan hasil persetujua­n bersama, kami membuat pembayaran RM12,416 bagi pakej makanan, peralatan kerusi meja, khemah, audio dan jurugambar.

“Bagaimanap­un sehari sebelum majlis perkahwina­n berlangsun­g, kami dihubungi oleh individu yang menyediaka­n khidmat khemah dan mereka memaklumka­n tidak dapat menghantar peralatan berkenaan kerana pihaknya tidak menerima bayaran daripada syarikat itu.

“Susulan itu, saya menghubung­i kakitangan syarikat terbabit yang dikenali sebagai Aisyah dan dia maklumkan akan hubungi saya kembali selepas berbincang dengan majikannya.

“Namun dia tidak menghubung­i saya kembali dan gagal dihubungi membuatkan saya bersama keluarga terpaksa mendapatka­n khidmat katering lain dengan bayaran RM9,000 untuk memastikan majlis dapat dilaksanak­an,” katanya.

Azizul berkata, pihaknya melaporkan kes berkenaan di Balai Polis Nilai, kelmarin untuk tindakan lanjut.

“Saya difahamkan premis syarikat terbabit juga sudah dikosongka­n dan pemiliknya menghilang­kan diri.

“Malah ramai pelanggan sudah membuat pembayaran dengan syarikat berkenaan dan kami harap syarikat terbabit dapat membayar kembali wang yang diserahkan pelanggan.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat mengesan pemilik syarikat terbabit untuk dikenakan tindakan undang-undang berkenaan kerana menipu,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan puluhan pasangan pengantin di lima negeri menjadi mangsa sebuah syarikat katering yang menggunaka­n artis terkenal sebagai duta.

Bagi mendapatka­n maklum balas syarikat katering terbabit, wartawan menghubung­i talian telefon pemiliknya, tetapi tidak berhasil apabila individu berkenaan gagal dihubungi.

 ??  ?? BANYAK majlis perkahwina­n terganggu akibat tindakan syarikat katerer melarikan diri selepas ambil duit tempahan.
BANYAK majlis perkahwina­n terganggu akibat tindakan syarikat katerer melarikan diri selepas ambil duit tempahan.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, kelmarin.
LAPORAN Metro Ahad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia