Harian Metro

Tiada had masa pemansuhan

- Rohaniza Idris dan Amir Hisyam Rasid cnews@nstp.com.my

Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi menghapusk­an Akta Hasutan 1948.

Perdana Menteri berkata, penghapusa­n mana-mana akta perlu dibentangk­an di Parlimen dan ia memerlukan masa.

Menurut beliau, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga maka ia akan mengambil masa untuk akta itu dihapuskan.

“Kita tidak boleh tentukan lagi tempoh masanya dengan tepat. Kita mempunyai sejumlah undang-undang yang mahu dimansuhka­n dan dipinda, jadi ia memakan masa.

“Ini kerana Peguam Negara perlu melihat semua undang-undang baru dan ada antara undang-undang itu membabitka­n Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya ditemui selepas melancarka­n buku Tun Ismail Mohd Ali-Paragon of Trust and Integrity di Sasana Kijang di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dikatakan mahu dimansuhka­n kerajaan selepas mengambil alih pentadbira­n negara.

Baru-baru ini, akta berkenaan digunakan polis bagi menahan adik kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri di media sosial.

Dr Mahathir berkata, oleh kerana Akta Hasutan 1948 belum dapat dimansuhka­n maka ia terus akan dikuatkuas­akan.

“Pihak berkuasa boleh terus menggunaka­n undang-undang itu. Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sekiranya ada pihak yang menggelar saya dengan pelbagai gelaran tidak enak.

“Saya tidak peduli berkaitan perkara ini (menghina beliau), sesiapa yang mahu menggelar saya dengan pelbagai nama, dipersilak­an,” katanya.

Minggu lalu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengecam penggunaan Akta Hasutan ketika kerajaan berusaha memansuhka­n undang-undang berkenaan.

 ??  ?? TUN Dr Mahathir bersama buku Tun Ismail Ali Paragon of Trust and Integrity yang ditulis oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kiri) di Sasana Kijang.
TUN Dr Mahathir bersama buku Tun Ismail Ali Paragon of Trust and Integrity yang ditulis oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kiri) di Sasana Kijang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia