Harian Metro

Rangka skim Perkeso golongan berisiko, penggiat seni

-

Kerajaan sedang merangka Skim Keselamata­n Perlindung­an Sosial (Perkeso) baru yang membabitka­n golongan berisiko termasuk penggiat seni di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, setakat ini Perkeso hanya menumpukan kepada pemandu teksi dan e-hailing.

Kata beliau, menerusi Skim Bencana Pekerjaan Sendiri yang diperkenal­kan kepada pemandu teksi dan e-hailing tahun lalu,

5,875 pemandu sudah mendaftar dengan Perkeso.

“Skim itu akan diperluask­an kepada golongan yang bekerja sendiri seperti petani, peladang dan penggiat seni khususnya yang berada dalam bidang hiburan.

“Meskipun skim ini belum diwajibkan dan tiada paksaan, kami mahu mereka datang secara sukarela dan digalakkan untuk mencarum demi jaminan masa depan sendiri dan keluarga sekiranya ditimpa kemalangan atau kecelakaan.

“Penggiat seni yang bekerja dengan syarikat produksi tertentu, secara automatik sudah jadi pencarum,” katanya.

Beliau berkata, tiada batas waktu untuk mencarum dan Perkeso akan lihat semula masalah pelaksanaa­n awal Skim Bencana Pekerjaan Sendiri kerana kurang mendapat maklum balas daripada orang ramai.

Mahfuz ditemui di kediaman Allahyarha­m komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah di sini, semalam.

Beliau menyampaik­an faedah pengurusan mayat Perkeso berjumlah RM2,000 kepada balu Allahyarha­m iaitu Datin Sharifah Mahani Syed Kassim dan pencen penakat RM885.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia