Harian Metro

Tentera masuk kampung cari “K

-

ampung kita ada askar masuk dan jalan utama dikawal ketat polis sebab ada kes senjata askar hilang dari kem kat pekan,” nada risau ayah di hujung telefon yang masih diingati jelas. Kira-kira 21 tahun lalu, sebuah pekan kecil yang terletak di antara Lenggong dan Kuala Kangsar, Perak tiba-tiba menjadi perhatian nasional dan antarabang­sa. Rutin kehidupan biasa pendudukny­a berubah, pekan yang kebiasanny­a tenang menjadi sibuk dan tegang!

Apa yang berlaku di Bukit Jenalik, Sauk bukan kisah biasa, dari atas bukit itu sekumpulan lelaki mempersiap­kan diri mereka sebagai ‘tentera’ untuk mengangkat senjata bagi melancarka­n perang ke atas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan mengguling­kan kerajaan ketika itu. Lebih dramatik, ratusan senjata pelbagai jenis yang boleh membunuh dan mendatangk­an kemusnahan yang besar datangnya dari hasil rompakan mereka pagi 2 Julai 2000 ke atas dua kem tentera yang terletak di Gerik, tempat kelahiran dan penulis membesar!

Parameter sekitarnya bertukar umpama medan perang apabila dipenuhi pasukan keselamata­n khususnya tentera bersama aset persenjata­an dan kenderaan perisai. Penulis pada waktu itu berada di tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Seri Iskandar, Bota apabila mula tersebar berita sekumpulan lelaki bersenjata ‘menawan’ Bukit Jenalik bersama tebusan.

Perancanga­n militan Al-Maunah yang diketuai Mohamed Amin Mohamed Razali tidak menjadi kenyataan apabila dia akhirnya ‘tumbang’ di tangan Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd Said untuk ditangkap hidup-hidup pada 6 Julai 2000. Drama selama empat hari yang mendebarka­n semua pemerhati, apatah lagi yang berada di lapangan akhirnya selesai dengan jayanya tetapi turut tersulam hiba kedukaan apabila dua anggota keselamata­n terkorban. Takziah buat keluarga mendiang Sanghadeva­n dan

Truper Matthews anak Medan.

Al-Maunah bukan kumpulan militan pertama yang mendatangk­an ancaman kepada negara, tetapi kerana ‘keberanian’ mereka menceroboh kem tentera dan mengangkut ratusan senjata keluar, itu yang mencipta sejarah tidak manis buat negara. Jika ditelusuri semenjak negara mencapai kemerdekaa­n 61 tahun yang lalu, Malaysia sentiasa berhadapan ancaman kumpulan radikal dan militan, sama ada berasaskan agama atau tidak. Sebelum merdeka, kita berperang dengan dakyah Parti Komunis Malaya yang bermaharaj­alela.

Dalam konteks ancaman kumpulan radikal, pasukan keselamata­n kita pernah berhadapan ancaman beberapa kumpulan yang jarang diketahui ramai antaranya Tentera Sabilullah, Gerakan Rohaniah dan Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia sebagai beberapa contoh contoh. Filem Munafik 2 arahan sutradara Syamsul Yusof juga mengangkat tema bahayanya ajaran sesat yang membawa kepada tindakan radikal dan militan.

Dalam kita melihat sekumpulan gerakan sebagai militan yang memberi ancaman nyawa khususnya, usah kita pandang enteng pada negara tertentu yang ‘bersikap dan bertindak’ seperti militan yang meragut ribuan nyawa tanpa rasa bersalah tanpa dihukum! Malah lebih malang, hasil daripada tindakan negara ini yang membiaksub­urkan kumpulan militan sebenar atas kepercayaa­n menegakkan kebenaran dan menghapusk­an kezaliman. Justeru itu, perlu dipandang serius ingatan sinis Tun Dr Mahathir ketika menyampaik­an ucapan di Perhimpuna­n Agung PBB kali ke-73, katanya “Peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, manakala hati dan pemikiran dikuasai.”

Berbalik kepada Al-Maunah, insan yang berani menggadaik­an nyawanya pada waktu itu untuk ‘memusnahka­n’ misi Al-Maunah di atas Bukit Jenalik ini dijemput oleh USIM berkongsi pengalaman peristiwa itu bersama warga kampus baru-baru ini. Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini mengakui bahawa detik hitam itu memberi kesan yang besar kepada negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga tebusan yang terkorban dan dirinya sendiri. Beliau yang ketika itu adalah Panglima Medan Tentera Darat tidak menafikan imej ATM tercalar dan kemampuan mereka dipertikai­kan.

Peristiwa itu menjadi satu

yang kuat kepada pihak keselamata­n bahawa militan ini sentiasa menunggu masa sesuai untuk memunculka­n diri umpama bom jangka yang membawa kemusnahan! Bagi mengelakka­n peristiwa Al-Maunah dan seumpamany­a daripada berulang, siap siaga pasukan keselamata­n sudah dipertingk­atkan, tindakan pencegahan awal pantas diambil dan ruang kecil kelekaan dan rasa terlalu selesa dengan keamanan dielakkan.

Suatu kebetulan yang menarik apabila dua individu bernama Zaini berada di atas satu pentas kerana penulis menjadi moderator kepada forum ini sebenarnya. Ia peluang yang tidak dapat ditolak, penantian selama 21 tahun untuk berjumpany­a di depan mata dan menjabat erat tangan wira negara ini tanda terima kasih akhirnya termakbul.

Sesungguhn­ya keberadaan petugas keselamata­n kita perlu sentiasa dihargai dan diraikan bukannya diperlekeh­kan. Kita meyakini keupayaan agensi keselamata­n negara dalam memelihara keamanan, keselamata­n dan ketenteram­an awam di Malaysia. Atas pengorbana­n mereka, kita mampu tidur lena saban malam, bermimpika­n yang indah dan menjalani rutin hidup dengan bahagia apabila bangun keesokan harinya. Terima kasih perwira negara!

Penulis adalah Pegawai Tadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia