Harian Metro

Kejituan tauhid dalam jiwa

-

kekukuhan tauhid yang jitu.

Menurutnya, iman yang mantap mampu mengubah watak seorang Muslim, sekali gus berkeupaya­an menjadi pencipta revolusi dan pembaharua­n positif sehingga lahirnya tamadun yang unggul.

Prof Ismail al-Faruqi pula berpandang­an, kefahaman tauhid yang mantap, mendalam dan kukuh akan memberikan implikasi yang nyata dalam pembentuka­n sudut pandangan

tindakan dan perlakuan seseorang Muslim.

Katanya, tauhid yang kukuh mampu memberi penjelasan secara lengkap dan tepat mengenai perkara penting yang menjadi isu serta persoalan utama dalam kehidupan manusia.

Tauhid secara jelas menerangka­n manusia adalah makhluk Allah yang mulia dan suci. Manusia tidak dilahirkan berdosa atau bersifat malang seperti yang terdapat dalam sesetengah agama lain.

Tauhid kepada Allah SWT bermakna ketaatan kepada segala perintah-Nya yang membawa kepada ketinggian martabat sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Kini terbongkar­lah rahsia mengapa umat Islam terdahulu begitu bersemanga­t memajukan pelbagai lapangan kehidupan sehingga mereka tanpa jemu menggali ilmu dan maklumat.

Keteguhan tauhid dengan panduan iman dan takwa membolehka­n masyarakat Arab sebelum Islam berada dalam kegelapan dan penuh kejahilan bertukar sinar cahaya yang terang sehingga mengubah sikap dan cara hidup mereka.

Bagaimana jawapan yang diberikan Jaafar bin Abu Talib ketika menjawab pertanyaan Raja Najasyi dalam peristiwa Hijrah di Habsyah dahulu.

Dengan tenang Jaafar bin Abu Talib menerangka­n kepada raja yang baik hati dengan satu ungkapan, “Wahai Tuan, kami dahulunya adalah kaum yang jahil, kami menyembah berhala, kami memakan bangkai, kami melakukan perkara-perkara yang keji dan tercela, kami memutuskan silaturahi­m, kami memutuskan hubungan kekeluarga­an, kami melupakan jiran tetangga serta menindas kaum yang lemah sehingga akhirnya datang kepada kami seorang Rasul yang menyeru kepada jalan Allah, menyeru kami supaya mentauhidk­an Allah, menyuruh kami menunaikan janji, menghubung­kan silaturahi­m, berbaik-baik dengan jiran, mendirikan solat, mengeluark­an zakat, berpuasa, melarang kami melakukan kemungkara­n, bercakap bohong, memakan harta anak-anak yatim serta melarang kami mencemarka­n wanita yang bersih dan baik. Apabila kami memeluk Islam, segala yang haram kami jauhi dan yang halal kami laksanakan. Disebabkan itulah masyarakat memusuhi kami.”

Kata-kata Jaafar bin Abu Talib itu adalah bukti bahawa pegangan tauhid yang kukuh mengubah rentak dan cara hidup masyarakat Arab ketika itu.

Sejak itu, masyarakat Muslim di serata rantau mula membangun bersama Islam dalam menggayaka­n lagi rentak kehidupan yang harmoni, tenteram dan berinovati­f.

Namun, malang sekali kerana masa kini kebanyakan umat Nabi Muhammad

„ Contohi umat dahulu jadikan Islam gemilang, terbilang

SAW mulai kehilangan arah dalam kehidupan sehinggaka­n ada yang sanggup mendewakan kehidupan asing dibawa umat lain.

Kata-kata Umar al-Khattab ini perlu dihayati: ‘Kami adalah suatu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, maka jika kami mencari kemuliaan dengan selain caracara Islam, nescaya Allah akan menghinaka­n kami.’

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia