Harian Metro

Manusia sebaik-baik ciptaan Allah

-

sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain di atas muka bumi ini.

Setiap manusia inginkan kehidupan bahagia. Bagaimanap­un, definisi bahagia itu berbeza mengikut kefahaman, didikan dan ilmu yang diperolehn­ya.

Penafsiran bahagia mengikut nafsu sudah pasti akan membawa manusia ke arah kesesatan dan kezaliman. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Qasas, ayat 50 yang bermaksud “…maka ketahuilah bahawa mereka mengikuti keinginan hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginann­ya tanpa mendapat petunjuk daripada Allah sedikitpun? Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”

Ramai orang yang memperjuan­gkan hak kemanusiaa­n. Bagaimanap­un, hak itu sebenarnya perlu bersifat sejagat bukannya individual­istik.

Hak berlandask­an agama akan memberikan kebahagiaa­n, keamanan dan manfaat kepada seluruh umat manusia. Sebagai contoh, Islam menjaga hak kemanusiaa­n bersesuaia­n dengan fitrah dan peranan manusia.

Islam mendukung hak asasi manusia selagi hak itu tidak memusnahka­n manusia lain dan tidak melanggar perintah Allah. Ia bukanlah memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa melihat matlamat kehidupan dan kebahagiaa­nnya.

Hak asasi manusia dalam Islam mesti bertepatan dengan hukum hakam yang Allah tetapkan melalui al-Quran dan sunah iaitu merangkumi hak dan tanggungja­wab sebagai hamba dan khalifah Allah.

Akhir-akhir ini, isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) menjadi bualan hangat masyarakat. Ia bukanlah isu baru, tetapi satu penyakit yang dihadapi manusia sejak zaman-berzaman yang perlu dirawat dan dicegah.

Berdasarka­n laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementeria­n Kesihatan, seramai 1,697 individu yang mengamalka­n tabiat seks songsang seperti homoseksua­l dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada 2017.

Lebih mengejutka­n, jumlah itu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsia­n jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV yang sering diperkatak­an sebagai punca utama penyebaran virus berkenaan.

Sehubungan itu, nilai yang benar dalam diri seseorang itu perlu diterapkan sejak dari awal lagi. Begitu juga hal berkaitan halal dan haram perlu dijelaskan dan diberikan pendedahan supaya terbina benteng kukuh dalam diri berpaksika­n keimanan kepada Allah SWT.

Golongan lelaki yang menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki haram hukumnya dalam Islam. Larangan itu jelas berdasarka­n al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki menyerupai wanita dan (melaknat) wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat Bukhari juz 7, halaman 55)

Allah SWT ‘menyentap’ lamunan kita untuk bermuhasab­ah supaya setiap mukmin menjaga seluruh ahli keluarga mereka daripada bakaran api neraka.

Sebab itu, pentingnya memberi penjelasan mengenai hukum hakam atau ilmu agama kepada anakanak. Naluri songsang itu mungkin terbit dalam jiwa mereka ketika di sekolah, asrama, tempat kerja atau di mana-mana tempat yang jauh daripada pemantauan penjaga.

Golongan terbabit semakin ramai dan mendapat sokongan daripada pihak tertentu dari dalam dan luar negara. Golongan itu perlu diubati dengan mengembali­kan mereka kepada fitrah supaya berupaya menjadi induk yang dapat mengembang biak keturunan yang baik.

Mereka perlu diberikan kesedaran mengenai rukun iman keenam iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yang menjadikan mereka lelaki atau wanita dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan dan peranan masing-masing.

Penulis pensyarah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia