Harian Metro

Sepakat bantu kempen

- Veena Babulal dan Rizanizam Abdul Hamid cnews@nstp.com.my

Persaingan sengit dalam pemilihan PKR tidak menjejaska­n gerak kerja jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ketua Umum PKR yang juga calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak diingatkan supaya menolak ke tepi perbezaan pandangan demi kepentinga­n parti.

“(Kempen) tidak terjejas, mereka semua datang. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli pun ada di sini (dan) saya dah ingatkan mereka semua untuk datang.

“Mereka datang sebagai satu keluarga dan bekerja bersama-sama dalam mengadakan ceramah dan program, maka tidak timbul isu kempen terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen bersama penduduk Taman Tanjung Gemuk di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Anwar menghormat­i teguran Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), semalam agar anggota Kabinet dan ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan tidak menjalanka­n aktiviti berkempen dalam waktu bekerja.

“Saya cuma nak minta SPR sedikit bertimbang rasa. Sebagai contoh, saya naik kereta Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, untuk pergi ke kem tentera, baru-baru ini kerana dia tidak boleh naik kenderaan saya atas sebab protokol keselamata­n tentera.

“Oleh itu, saya yang tumpang kereta dia tetapi itu ditegur sebagai salah guna, saya rasa hal itu perlu ditimbangk­an SPR,” katanya.

 ??  ?? ANWAR beramah mesra dengan penduduk Taman Sri Tanjung ketika kempen di Taman Tanjung Gemuk, semalam.
ANWAR beramah mesra dengan penduduk Taman Sri Tanjung ketika kempen di Taman Tanjung Gemuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia