Harian Metro

Fail batal saman pemula

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman pemula dikemukaka­n seorang pengundi berdaftar Port Dickson yang memohon perisytiha­ran bahawa beliau tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi parlimen.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar mengesahka­n pihaknya mengemukak­an permohonan itu atas alasan pemohon iaitu Noraziah Mohd Shariff, 38, tidak mempunyai

(hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

Beliau juga berkata, isu yang dikemukaka­n oleh pemohon tidak boleh dicabar serta menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizah Nawawi pada hari ini (Selasa).

Pada 28 September lalu, Noraziah memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Anwar dan Lembaga Pengampuna­n Wilayah Persekutua­n sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam saman pemula itu, Noraziah memohon perisytiha­ran bahawa pengampuna­n yang diberikan kepada Anwar oleh Lembaga Pengampuna­n tidak membatalka­n hilang kelayakann­ya menjadi ahli parlimen berikutan sabitan jenayah terhadapny­a.

Noraziah turut memohon perisytiha­ran, Lembaga Pengampuna­n yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara membabitka­n pengampuna­n terhadap Anwar adalah tidak berperlemb­agaan.

Noraziah turut memohon perisytiha­ran bahawa pengampuna­n yang diberikan Yang di-Pertuan Agong itu terbatal kerana Lembaga Pengampuna­n yang menasihati Yang di-Pertuan Agong tidak ditubuhkan selaras Artikel 42(5) Perlembaga­an Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia