Harian Metro

Cukup licik dia bergerak

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Tun Daim Zainuddin percaya ahli perniagaan kontrovers­i, Low Taek Jho atau Jho Low tidak bertindak bersendiri­an menyelewen­g berbilion ringgit daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Memetik laporan portal berita Channel News Asia, Daim berkata, sebaliknya Jho Low dibantu beberapa penasihat yang bukan saja menipu sistem kewangan Malaysia, malah dunia.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata, Jho Low melantik beberapa penasihat dalam kalangan pegawai bank dan mereka juga dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, penasihat yang dilantik Jho Low berperanan melaksanak­an rancangan dan menyembuny­i ‘kesalahan.’

“Dia (Jho Low) ada beberapa penasihat yang baik. Mereka dibayar Jho Low.

“Penasihat berkenaan adalah mereka yang bekerja sebagai pegawai bank. Mereka juga dibayar dengan ‘cantik sekali’ untuk melaksanak­an rancangan, selain membantu Jho Low menyembuny­ikan jejaknya,” katanya.

Ditanya adakah Malaysia akan menjejak pegawai bank itu, Daim menegaskan kerajaan hanya mahu mendapatka­n kembali wang rakyat.

Daim mendedahka­n, walaupun waran dan notis merah sudah dikeluarka­n Polis Antarabang­sa (INTERPOL), Jho Low masih bebas termasuk mempunyai ramai ‘pengikut’ di merata-rata tempat.

Beliau berkata, Jho Low membina rangkaian termasuk melantik peguam terbaik menggunaka­n wang hasil kutipan cukai.

“Itu sebabnya, dia

„ Jho Low dibantu beberapa penasihat dibayar gaji mahal untuk tutup jejak penipuan

mampu melantik peguam terbaik.

“Saya juga diberitahu dia membelanja­kan lebih AS$40 juta (lebih RM166 juta) hanya untuk membayar yuran guaman saja,” katanya.

 ?? Daim Zainuddin ?? Walaupun waran dan notis merah sudah dikeluarka­n Polis Antarabang­sa (Interpol), Jho Low masih bebas termasuk mempunyai ramai ‘pengikut’ di merata-rata tempat” JHO Low
Daim Zainuddin Walaupun waran dan notis merah sudah dikeluarka­n Polis Antarabang­sa (Interpol), Jho Low masih bebas termasuk mempunyai ramai ‘pengikut’ di merata-rata tempat” JHO Low

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia