Harian Metro

Cari formula bendung jenayah warga asing

-

Kuantan: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencari formula terbaik untuk membantu membendung permasalah­an ditimbulka­n warga asing terutama membabitka­n aktiviti jenayah.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya menyedari ada kumpulan warga asing tinggal di negara ini melakukan jenayah, justeru ia perlu dipandang serius dengan mencari kaedah penyelesai­an untuk membantera­snya.

Beliau berkata, selain tindakan penguatkua­saan yang dijalankan selama ini, langkah pencegahan juga diperlukan dari peringkat awal dan MCPF bersedia merangka strategi berkenaan.

“Kita sudah berjumpa dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan mendengar taklimat mengenai jenayah membabitka­n warga asing di negara ini.

“Ketua Pengarah Imigresen (Datuk Seri Mustafar Ali) juga ambil maklum mengenai perkara ini dan bersedia menjalinka­n kerjasama dengan MCPF untuk mencari cara terbaik mengurangk­an statistik jenayah dilakukan warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis taklimat bersama warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Menurutnya, pihaknya juga akan memperkuku­h hubungan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK).

Selain itu, beliau berhasrat melihat MCPF ditubuhkan pada peringkat daerah dan disertai generasi muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia