Harian Metro

Sayangi terumbu karang

- Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

Pemulihara­an laut dan terumbu karang antara fokus utama Malaysia dalam menjalanka­n program sukarelawa­n dengan kerjasama penduduk setempat terutama di kawasan pulau dan perairan negara.

Pengurus Kanannya, Alvin Chelliah berkata, adalah program pengawasan terumbu karang antarabang­sa terbesar di dunia yang membabitka­n penyelam, sukarelawa­n dan ahli sains marin yang ditubuhkan pada 1996 di Amerika Syarikat.

“Sekarang kami mempunyai 82 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Kami menjalanka­n kajian pertama secara besar-besaran pada 1997 yang memberikan bukti kukuh bahawa terumbu karang rosak pada skala global.

“Kajian itu menimbulka­n kesedaran kepada saintis, kerajaan, ahli politik dan masyarakat umum mengenai nilai terumbu karang, ancaman terhadap kesihatan mereka dan penyelesai­an kepada masalah itu,” katanya.

Menurutnya, tiada terumbu di dunia yang tidak disentuh manusia susulan penangkapa­n ikan, pencemaran dan perubahan iklim.

“Kami nekad mengubah kesan itu melalui pemantauan, pengurusan dan perlindung­an terumbu karang yang betul.

“Satu ketika dulu tugas kami hanya mengambil data terumbu karang, tetapi kini ia menjadi misi besar apabila kami fokus kepada pemelihara­an terumbu karang dan ekosistem laut sekitarnya.

Malaysia terbabit secara aktif dalam memantau terumbu karang di Malaysia sejak 2007.Antara inisiatif kami termasuk melatih lebih 600 EcoDivers.

“Kami menjalanka­n kaji selidik semakan tahunan yang meliputi lebih 200 tapak setiap tahun. Pada 2015, kami meninjau 270 tapak di seluruh negara termasuk kawasan lautan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, selain anak tempatan sebagai sukarelawa­n, mereka juga mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat termasuk Yayasan Sime Darby

„ Reef Check usaha lindungi hidupan laut terancam secara global

yang memberi geran peruntukan untuk membantu usaha pemulihara­an.

Mengakui cabaran awal dihadapi sukarelawa­n, Alvin selaku pengurus program Cintai Tioman berkongsi pengalaman termasuk penerimaan penduduk kampung terhadap usaha organisasi­nya.

“Ambil masa bertahun-tahun juga untuk menarik perhatian mereka. Saya cuba letakkan diri di tempat mereka dan sentiasa mendengar permintaan penduduk.

“Masyarakat pulau ini sangat sayangkan tempat kelahiran mereka. Jadi kami tunjukkan mengenai kerosakan pada pulau dan ekosistem jika kita terus amalkan gaya hidup hari ini.

“Kami cuba buat mereka faham kesan setiap aktiviti,” katanya.

Mengenai projek terbaru

Malaysia, Alvin berkata, mereka baru saja menjalanka­n acara memulihara alam sekitar dengan menjayakan program

di Berjaya Tioman Resort pada 21 hingga 23 September lalu.

 ??  ?? REEF Check Malaysia menganjurk­an program mengutip sampah-sarap di sekitar pantai dan laut. TERUMBU karang yang dibiakkan semula.
SAINTIS mencerap data terumbu karang di Pulau Tioman.
REEF Check Malaysia menganjurk­an program mengutip sampah-sarap di sekitar pantai dan laut. TERUMBU karang yang dibiakkan semula. SAINTIS mencerap data terumbu karang di Pulau Tioman.
 ??  ?? PROGRAM kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar yang dianjurkan Reef Cheek Malaysia.
PROGRAM kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar yang dianjurkan Reef Cheek Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia