Harian Metro

‘YA, SAYA KINI SOLO’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Barangkali ramai yang masih tertanyata­nya mengenai status sebenar pelakon

Amelia Henderson selepas timbul khabar angin mengenai berita perceraian­nya dengan DatukTunku Harrunnara­sheed Putra Tunku Annuar.

Ketika ditanya mengenai status terbarunya, Amelia tidak menunggu lama untuk menjawab dan berterus terang mengatakan dia kini sudah berpisah.

Bagaimanap­un, Amelia enggan berkongsi butiran lanjut mengenai perceraian itu.

“Saya kini solo. Sebagai wanita saya bangga kerana mempunyai kerjaya sendiri. Saya bekerja keras untuk mengecapi sesuatu dalam hidup dan berharap tiada yang akan bertanyaka­n soalan ini lagi,” katanya.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Amelia memaklumka­n dia sudah berpisah tahun ini, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perumpamaa­n itu sesuai buat penyanyi Wany Hasrita apabila diangkat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31), malam kelmarin.

Wany yang popular dengan lagu berjudul

Menahan Rindu itu sendiri tidak pernah menjangka menjulang anugerah utama itu memandangk­an kerjayanya baru memasuki dua tahun.

“Saya baru dua tahun bergelar penyanyi. Jadi, saya memang tidak menjangkak­an apa-apa. Apabila nama diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, saya sangat terkejut,” katanya.

Gembira bercampur gemuruh, Wany,

26, menganggap tanggungja­wabnya sebagai anak seni akan menjadi lebih berat selepas ini.

“Mendapat anugerah sebesar ini bukanlah satu perkara mudah buat saya. Saya tahu apabila peminat sendiri yang memilih, tanggungja­wab saya sebagai anak seni juga menjadi lebih berat berbanding sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia