Harian Metro

Bina kerjaya bidang nyanyian

- DARI MUKA R23

Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas satu setengah tahun menjalin hubungan cinta. Perkahwina­n yang terlerai itu bagaimanap­un tidak dikurniaka­n cahaya mata.

Tutup cerita mengenai kisah peribadi, Amelia kini teruja untuk berkongsi mengenai karier baru yang diceburiny­a iaitu bidang nyanyian.

Masakan tidak, sebelum ini tular di Internet mengenai kebolehan luar biasa Amelia menyanyika­n lagu rap daripada bintang rap terkenal, Eminem.

Video terbabit mendapat lebih satu juta tontonan.

Menurut pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini, dia bakal tampil dengan single baru berbahasa Inggeris pada penghujung tahun ini selain bakal tampil dengan sebuah persembaha­n secara langsung dengan penyanyi rap tempatan.

“Jika tiada aral melintang saya bakal mengeluark­an single baru pada penghujung tahun ini. Saya juga teruja apabila bakal tampil dengan sebuah persembaha­n dengan seorang penyanyi rap terkenal pada pertengaha­n bulan depan.

“Tawaran ini adalah satu peluang yang dinanti-nantikan dan saya akui sedikit gemuruh untuk beraksi di pentas yang berskala besar itu nanti,” katanya.

Menurut Amelia, dia sebenarnya sudah lama meminati bidang nyanyian tetapi kurang keyakinan untuk menceburi kerjaya itu.

“Sebenarnya saya sudah lama meminati muzik rap atau hip hop, cuma saya malu dan kurang keyakinan diri. Namun, selepas dipujuk rakan dan pengurus akhirnya saya memuat naik video rap di Instagram.

“Tak sangka pula video itu menjadi tular dan diterima ramai. Sejak itu, saya nekad mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Bagaimanap­un, karier lakonan tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.-Najiy Jefri

 ??  ?? Saya juga teruja apabila bakal tampil dengan sebuah persembaha­n dengan seorang penyanyi rap terkenal pada pertengaha­n bulan depan
Saya juga teruja apabila bakal tampil dengan sebuah persembaha­n dengan seorang penyanyi rap terkenal pada pertengaha­n bulan depan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia