Harian Metro

SAPU SEMUA

-

pula, Sara juga melihatnya dari sudut yang positif, sekali gus memperbaik­i kelemahan sedia ada dari semasa ke semasa.

“Antara kritikan yang sering diterima daripada pendengar ialah saya bercakap laju sangat. Saya memang suka bercakap walau di rumah pun. Kalau berhenti bercakap pun waktu demam saja.

“Ada juga pihak yang berpendapa­t saya mungkin lebih sesuai untuk buat ruangan gosip, tetapi saya pula lebih suka melakukan apa yang diminati dan menjadi diri sendiri,” katanya.

Mengenai bidang lakonan pula, buat masa ini, Sara mahu fokus pada kerjayanya dalam bidang penyiaran terlebih dulu.

“Saya meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah. Antaranya saya pernah berlakon dalam drama bersiri untuk saluran Astro Ceria sebelum ini.

“Namun, saya terpaksa mencari masa yang sesuai dan mengikut kelapangan kerana penggambar­an drama juga membabitka­n tempoh yang panjang,” katanya.

Beralih perancanga­n selepas ini pula, kata Sara, dia juga impikan membuat program bercorak travelogue pada masa depan.

“Saya mahu mencabar diri melakukan aktiviti yang lebih lasak seperti lompat bungee dan memanjat pokok,” katanya.

Tidak hanya berbakat sebagai penyampai dan pengacara, Sara juga aktif dalam bidang teater dan kali terakhir muncul di pentas menerusi teater Polos tidak lama dulu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia