Harian Metro

Cabaran pemanduan rimba

Pelancong asing turut berminat uji kemampuan kendali kenderaan lasak

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Deruan enjin kasar menjadi ‘muzik’ sepanjang laluan. Pemandunya pula perlu berhati-hati mengendali­kan stereng bagi mengelak kejadian tidak diingini. Apatah lagi tayar besar menjadi nadi pergerakan pula tenggelam dalam selut.

Perkara itu situasi biasa perlu dihadapi kaki pacuan empat roda. Bagi yang kurang meminati dunia lasak berkaitan pacuan empat roda, pasti beranggapa­n ia sesuatu yang membuang masa dan meletihkan. Apatah lagi perlu bermain dengan tanah dan lumpur.

Namun, tidak kepada penggemarn­ya yang sentiasa mencari masa untuk mengembara di dalam rimba sambil menikmati cabaran pemanduan yang sukar diduga.

Sebenarnya, aktiviti memandu pacuan empat roda (4x4) di Malaysia mempunyai pengikut yang ramai dan terdapat banyak komunitiny­a. Mereka juga sentiasa aktif melakukan pelbagai kejohanan bagi menguji ketangkasa­n pemanduan di laluan denai.

Kita mempunyai pelbagai lokasi di dalam hutan yang dibenarkan untuk memandu kenderaan 4x4 dan ia juga adalah suatu perkara positif kerana dapat mempromosi­kan trek hutan Malaysia kepada pemandu asing NOR AFENDE

Ada juga yang sanggup memandu hingga berharihar­i dan berkhemah di dalam hutan kerana ingin menikmati cabaran itu dan sudah semestinya hutan hujan tropika di Malaysia mempunyai cabaran tersendiri.

Keadaan landskap hutan Malaysia yang unik juga menarik ramai pelancong asing yang berminat menguji kemampuan mereka mengendali­kan kenderaan lasak itu. Malah secara tidak langsung, aktiviti itu juga mampu menjadi penggerak kepada promosi pelanconga­n eko negara.

Berkesempa­tan menemu bual Timbalan Presiden Malaysian Mountainee­r Four Wheeler (MM4W) Nor Afende Aminudin baru-baru ini, katanya, aktiviti memandu 4x4 di Malaysia semakin berkembang dan mula mendapat sambutan menggalakk­an kira-kira lima tahun lalu.

Malah beliau tidak menafikan di negara ini aktiviti itu sudah lama wujud namun kurang popular. Ini kerana aktiviti sukan lasak sebelum itu kurang mendapat publisiti yang meluas khususnya di media sosial.

“Apabila aktiviti ini mula

dimuat naik di platform media sosial, ia semakin tular dan ramai golongan muda khasnya mula menggemari­nya dan ingin mencuba. Perkara ini sebenarnya baik kerana ia boleh mengembang­kan komuniti peminat 4x4 di Malaysia.

“Selain itu, kita mempunyai pelbagai lokasi di dalam hutan yang dibenarkan untuk memandu kenderaan 4x4 dan ia juga adalah suatu perkara positif kerana dapat mempromosi­kan trek hutan Malaysia kepada pemandu asing,” katanya.

Katanya, menyertai kumpulan atau komuniti 4x4 memberi peluang kepada penggemarn­ya mempelajar­i pelbagai perkara termasuk teknik pemanduan dan trek.

“Memandangk­an aktiviti ini menggunaka­n kenderaan lasak, persiapan awal perlu dilakukan. Ia termasuk mengambil kira kesesuaian kenderaan untuk melalui trek hutan tempatan dan biasanya kenderaan 4x4 jenis diesel menjadi pilihan kerana dapat mengurangk­an kos.

“Teknik pemanduan juga penting untuk dipelajari. Misalnya, mengendali­kan gear dan mempunyai pengetahua­n bagi melancarka­n pergerakan sekiranya tayar tidak dapat bergerak kerana berselut atau kenderaan berisiko untuk terbalik,” katanya.

Nor Afende menambah, aktiviti beriadah dengan memandu 4x4 di dalam hutan menawarkan kepuasan tersendiri kerana bukan sahaja dapat mengasah teknik pemanduan malah berpeluang menikmati suasana nyaman di dalam hutan.

Katanya, tidak semua lokasi hutan di Malaysia dibenarkan untuk melakukan aktiviti itu. Ini kerana di negara ini terdapat hutan simpan kekal yang tidak boleh dicerobohi walaupun untuk aktiviti rekreasi.

“Sebagai pemandu yang bertanggun­gjawab, kita perlu mematuhi undang-undang yang sudah ditetapkan pihak berkuasa. Perkara yang perlu diambil kira seperti memohon permit, melaporkan kepada pihak polis dan jika melawat kawasan Orang Asli pula, anda perlu maklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JKOA) terlebih dahulu.

“Perkara paling mustahak ialah memastikan aktiviti memandu di dalam hutan tidak merosakkan kawasan yang bukan laluan kenderaan 4x4, menguruska­n sampah dengan baik yang secara tidak langsung memastikan alam sekitar kita tidak dicemari,” katanya.

Katanya, aktiviti memandu 4x4 di laluan denai kini semakin berkembang dengan kegiatan amal atau berbentuk misi kemanusiaa­n sebagai salah satu program pengembara­an seperti yang dilaksanak­an MM4W.

Malah komunitiny­a ketika ini mempunyai 60 ahli yang sebelum ini aktif mendaki gunung dan meluaskan aktiviti rekreasi kepada memandu 4x4 sambil melaksanak­an kerja amal membabitka­n Orang Asli.

“Sepanjang tahun kami biasanya mengadakan beberapa program kunjungan ke kawasan pedalaman yang menjadi lokasi perkampung­an Orang Asli seperti di Gerik, Perak dan Gua Musang, Kelantan.

“Ahli kami terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya antaranya bidang perubatan dan pembinaan. Kami menggunaka­n kepakaran masing-masing untuk membantu penduduk Orang Asli,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LALUAN sungai sentiasa menjadi destinasi yang dinantikan. KUMPULAN pengembara perlu bijak mengendali­kan 4 x 4 jika tidak dapat bergerak kerana cabaran laluan.
LALUAN sungai sentiasa menjadi destinasi yang dinantikan. KUMPULAN pengembara perlu bijak mengendali­kan 4 x 4 jika tidak dapat bergerak kerana cabaran laluan.
 ??  ?? MELALUI jalan berselut antara cabaran biasa pengembara 4 x 4.
MELALUI jalan berselut antara cabaran biasa pengembara 4 x 4.
 ??  ?? PERLU mempunyai ilmu membaik pulih dalam aktiviti pengembara­an.
MENEROKAI kawasan pedalaman menggunaka­n 4x4 mempunyai keseronokk­an tersendiri.
PERLU mempunyai ilmu membaik pulih dalam aktiviti pengembara­an. MENEROKAI kawasan pedalaman menggunaka­n 4x4 mempunyai keseronokk­an tersendiri.
 ??  ?? MENYANTUNI masyarakat Orang Asli antara kerja amal ketika beriadah dilakukan peminat 4 x 4.
MENYANTUNI masyarakat Orang Asli antara kerja amal ketika beriadah dilakukan peminat 4 x 4.
 ?? FOTO: ?? MENGEMBARA secara berkumpula­n sinonim dengan aktivti pemandu 4 x 4.
FOTO: MENGEMBARA secara berkumpula­n sinonim dengan aktivti pemandu 4 x 4.
 ??  ?? CABARAN laluan tanah merah licin dan berbukit perlu mempunyai teknik pengendali­an yang betul.
CABARAN laluan tanah merah licin dan berbukit perlu mempunyai teknik pengendali­an yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia