Harian Metro

TENANG JELAJAH LOKASI INDAH

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Memandu dalam keadaan laluan lasak turut beri ketenangan apabila merentasi kawasan menarik

Aktiviti memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) sudah sinonim dengan pergerakan secara berkumpula­n. Bahkan bagi peminatnya, aktiviti memandu secara berkumpula­n lebih menyeronok­kan terutama ketika menyertai program yang memerlukan mereka bermalam.

Bahkan, komuniti 4x4 yang semakin berkembang di Malaysia mempunyai pelbagai kelab bagi mengumpulk­an individu mempunyai minat sama dan mudah menganjurk­an sebarang aktiviti.

Kelab Triton Tuners Malaysia (TTCM) umpamanya kini mempunyai 300 ahli aktif di seluruh Malaysia dan 25,000 pengikut di Facebook, begitu aktif melaksanak­an pelbagai program yang bukan saja memberi keseronoka­n dalam aktiviti mengembara, malah turut terbabit dalam kegiatan amal.

Presidenny­a Mohamad Adli Ibrahim berkata, kelab itu mula didaftarka­n secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 2012 mempunyai imejnya tersendiri terutama membabitka­n modifikasi kenderaan.

Beliau berkata, di bawah kelabnya terdapat tiga kategori pemanduan iaitu lasak membabitka­n laluan denai hutan, bandar dan merentasi sempadan negara yang mana setiap kategori itu mempunyai pengikutny­a tersendiri dalam kalangan ahli kelab.

“Di Malaysia, kita begitu beruntung kerana ada banyak lokasi bagi aktiviti 4x4 yang boleh dijalankan dalam kumpulan berskala besar terutama bagi laluan denai di hutan.

“Jika memandu kenderaan 4x4 di hutan Malaysia, kita bukan saja dapat mencabar diri untuk memandu dalam keadaan laluan lasak, tapi ia turut memberi ketenangan apabila merentasi kawasan indah seperti sungai dan air terjun yang belum terusik,” katanya.

Adli berkata, ahli kelabnya begitu aktif melaksanak­an pelbagai aktiviti membabitka­n pemanduan 4x4 di seluruh Malaysia dan boleh dikatakan setiap bulan pasti ada satu program diadakan.

Katanya, program yang diadakan ahli kelabnya termasuk menjelajah, membuat kerja kebajikan masyarakat, membantu kerajaan dalam acara sukan dan menyokong projek pembanguna­n masyarakat luar bandar.

“Aktiviti menjelajah tidak kira menerusi acara laluan denai, bandar atau merentas sempadan kerap kali diadakan kerana ia penting bagi membolehka­n kami mengasah teknik pemanduan masingmasi­ng.

“Dalam masa sama, aktiviti membabitka­n kerja amal juga tidak boleh dipinggirk­an kerana kami mahu memanfaatk­an fungsi kenderaan 4x4 untuk membantu banyak pihak dan meringanka­n beban mereka khususnya yang tinggal jauh di pedalaman atau ketika bencana,” katanya.

Antara program amal yang pernah dilaksanak­an kelab berkenaan ialah memberi bantuan kepada mangsa banjir, program keagamaan dan membaik pulih di perkampung­an masyarakat Orang Asli, memberi sumbangan bagi meringanka­n beban warga emas dan memberi sumbangan kepada pelajar sekolah tidak berkemampu­an.

Aktiviti seperti itu dapat menerapkan elemen bersantai sambil beramal. Bahkan, ia juga dapat mengeratka­n hubungan kelab dengan masyarakat dan sesama ahli serta keluarga.

“Dalam program mengembara pasti ada ahli yang membawa keluarga sebagai penumpang dan perkara ini bagus kerana kami dapat mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

“Malah, para isteri dan anak-anak dapat berkenalan. Apabila selalu bertemu, kami menjadi mesra terasa seperti sebuah keluarga besar,” katanya.

Adli turut berpendapa­t, kewujudan kelab memandu 4x4 turut menjadikan generasi muda khasnya terdedah kepada kegiatan berfaedah termasuk menghargai alam semula jadi dan mendekatka­n diri dengan masyarakat.

“Kami tidak mengehadka­n memandu 4x4 sebagai aktiviti santai semata-mata, tapi turut memastikan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain dan melahirkan generasi muda yang gemarkan sukan lasak serta berkebajik­an,” katanya.

 ?? FOTO ?? TTCM mempunyai hubungan sesama
ahli yang rapat.
FOTO TTCM mempunyai hubungan sesama ahli yang rapat.
 ??  ?? KEINDAHAN alam semula menjanjika­n kedamaian ketika
berhadapan cabaran laluan.
KEINDAHAN alam semula menjanjika­n kedamaian ketika berhadapan cabaran laluan.
 ??  ?? SENTIASA memastikan pergerakan berkumpula­n dalam keadaan selamat.
SENTIASA memastikan pergerakan berkumpula­n dalam keadaan selamat.
 ??  ?? MEMANDU 4x4 memerlukan kepakaran
menguruska­n laluan.
MEMANDU 4x4 memerlukan kepakaran menguruska­n laluan.
 ??  ?? AKTIVITI yang boleh mengeratka­n hubungan ahli selain memandu secara berkumpula­n kerap dianjurkan.
AKTIVITI yang boleh mengeratka­n hubungan ahli selain memandu secara berkumpula­n kerap dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia