Harian Metro

Bantu kuasai bahasa inggeris

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Kemahiran berbahasa Inggeris sering diberi penekanan dalam banyak aspek pendidikan di pelbagai peringkat pengajian.

Penguasaan dalam bahasa itu bukan saja membuka peluang pendidikan dan kerjaya di peringkat tempatan tetapi juga global.

Malah, kemahiran menguasai bahasa Inggeris membolehka­n seseorang meneroka teknik pembelajar­an yang juga bermanfaat untuk cabang ilmu lain.

Bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman tidak ketinggala­n, sekumpulan 15 sukarelawa­n dari pelbagai institusi pengajian tinggi berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada menerusi penyertaan dalam Misi Sukarelawa­n Siswa di Kampung Solob, Sabah, anjuran Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS).

Berkongsi pengalaman, Muhammad Irsyad yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya (UM) gembira kerana terpilih menjadi sukarelawa­n dalam program berkenaan.

Menurut Muhammad Irsyad, banyak pengalaman ditimba sepanjang misi berkenaan dan paling menarik apabila dapat menjalanka­n aktiviti ber sama komuniti setempat.

“Penyertaan dalam program ini bukan saja memberi peluang untuk saya berinterak­si dengan penduduk setempat tetapi berkongsi ilmu yang ada. Secara tidak langsung, saya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat walaupun masih bergelar mahasiswa.

“Di samping itu, saya dan sukarelawa­n lain juga dapat menceriaka­n dan menambah baik persekitar­an sekolah sekali gus memberi wajah baru kepada kawasan terbabit,” katanya.

Muhammad Irsyad berkata, bukan hanya sukarelawa­n tetapi semua aktiviti itu diadakan bersama penduduk setempat.

Katanya, kerjasama menerusi aktiviti berkenaan seterusnya mewujudkan kemesraan di antara sukarelawa­n dan penduduk walaupun dalam tempoh singkat.

“Bukan saja penduduk tetapi kami turut berke sempatan meluangkan masa bersama murid di SK Solob sepanjang dua minggu berada di sana terutama dengan murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Pelbagai aktiviti diadakan bersama mereka antaranya belajar sambil berseronok, kelas Linus, Jom Belajar Iqra, slot membaca dan motivasi rakan sebaya.

“Bagi meningkatk­an penguasaan murid, kami galakkan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dalam semua aktiviti yang diadakan,” katanya.

“Pendek cerita, misi itu meninggalk­an kenangan manis buat semua sukarelawa­n tetapi paling menyeronok­kan apabila kami dapat menyiapkan sebuah pondok menunggu yang bakal digunakan oleh murid sekolah dan ibu bapa yang datang menjemput mereka pulang setiap hari,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N dan penduduk selepas tamat program.
SUKARELAWA­N dan penduduk selepas tamat program.
 ??  ?? SUKARELAWA­N membantu penduduk kampung menceriaka­n kawasan persekitar­an sekolah.
SUKARELAWA­N membantu penduduk kampung menceriaka­n kawasan persekitar­an sekolah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia