Harian Metro

Bukan sekadar angkat kotak, hulur makanan

- DARI MUKA H47

Muhammad latih orang muda lihat aktiviti sukarela daripada perspektif lebih luas dan besar

Mengimbas kenangan lalu, jelas Muhammad pada usia 16 tahun saat remaja lain masih mengharapk­an bantuan ibu bapa, Muhammad mampu menjana pendapatan sendiri sebagai penulis blog dengan pendapatan mencecah RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

Walaupun dalam pelajaran dia dikatakan sebagai pelajar kurang cemerlang, Muhammad membuktika­n kepada keluarga tanpa pendidikan tinggi dia boleh mendapat apa yang diinginkan.

“Semuanya bermula apabila saya mendapat komputer riba ketika di tingkatan lima. Peluang ini saya gunakan untuk menghasilk­an blog dengan jumlah pengunjung yang ramai. Tidak sangka blog saya tersenarai di antara 13 blog terkenal di Malaysia sehingga menjadi tumpuan ramai pengiklan,” katanya yang ditemui di pejabatnya Muslim Volunteer Malaysia di Puchong, baru-baru ini.

Sebaik tamat tingkatan lima Muhammad memilih mengikut kata hatinya dengan bekerja sebagai penulis blog. Memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur, dia mula terdetik menyertai misi ke Palestin anjuran Aman Palestin pada 2012. Namun bayaran mencecah RM7,800 dan perlu disediakan dalam masa singkat membuatkan Muhammad berasakan dia sudah tiada harapan.

Apa yang dibayangka­n adalah sebaliknya apabila muncul seorang wanita yang tidak dikenali tetapi sanggup menaja sejumlah wang sehingga dia dapat meneruskan hasrat ini.

“Saya langsung tidak mengenali wanita ini sehingga sekarang tetapi dia meninggalk­an amanah agar sekembalin­ya ke Malaysia saya perlu membantu anak muda meningkatk­an jati diri dan ekonomi mereka. Kata-kata ini saya pegang sehingga sekarang dan mengapa saya bersungguh­sungguh membina dan menaikkan MVM,” imbaunya.

Hampir empat tahun sebagai penulis blog dan memiliki syarikat sendiri, timbul kesedaran untuk meninggalk­an kerja penulisan kerana berasakan penulisann­ya akan menjadi saham di akhirat kelak.

“Saya membayangk­an gambar yang dimuat naik dan cerita yang dipaparkan mungkin tidak sepatutnya dijadikan tatapan umum sedikit demi sedikit saya meninggalk­an kerjaya ini dan beralih kepada kerja amal sepenuh masa,” katanya.

TUBUH MVM PADA

USIA 19 TAHUN

Oleh kerana langsung tiada pengalaman dalam pengurusan syarikat, selepas hampir setahun, Muhammad kehabisan duit untuk menjalanka­n aktiviti amal sehingga rakan yang bersama-samanya mula menghilang­kan diri. Dia mula terfikir bagaimana NGO lain menjalanka­n gerakan mereka sehingga mampu bertahan.

“Saya mula belajar mengenai organisasi dan mengambil kakitangan seramai dua orang, bermula pada Januari 2016 dengan menyewa sebuah rumah di kawasan elit. Di situlah saya tinggal dan di situ juga dijadikan ruang pejabat. Akhir 2016 staf bertambah kepada lima orang dan meningkat kepada 24 staf.

“Namun sekali lagi saya diuji apabila dana yang ada cuma tinggal RM1,500 sedangkan saya perlu membayar gaji pekerja dan tunggakan sewa rumah. Benar kata orang jika kita yakin dan melakukan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah pasti ada jalan penyelesai­an.

 ??  ?? SENTIASA ingin menjadi inspirasi kepada semua pekerja.
SENTIASA ingin menjadi inspirasi kepada semua pekerja.
 ??  ?? MUHAMMAD berbincang dengan kakitangan syarikat mengenai program terkini MVM.
MUHAMMAD berbincang dengan kakitangan syarikat mengenai program terkini MVM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia