Harian Metro

Agih barangan runcit kepada golongan memerlukan

-

Kebiasaann­ya urusan menguruska­n perbelanja­an dapur diserahkan kepada wanita. Bagi suri rumah mereka ibarat perancang kewangan yang akan menentukan jumlah kos membeli barangan keperluan setiap bulan.

Namun dengan kenaikan kos sara hidup dan tinggal di bandar besar sudah semestinya terdapat kebocoran dalam pembelian barangan. Mungkin ada keperluan yang terpaksa dicatu.

Menyedari kesusahan golongan kurang berkemampu­an mendorong Persatuan Kasih Sejati menganjurk­an Hari Komuniti bersama penduduk Perumahan Rakyat Pantai Ria, Kuala Lumpur bagi mengagihka­n 350 bungkus barangan runcit kepada golongan memerlukan.

Antara barangan runcit yang diagihkan ialah minyak masak, beras, garam, gula, mi segera, makanan dalam tin dan biskut dengan jumlah tajaan bernilai RM15,000.

Seramai 30 sukarelawa­n daripada Persatuan Kasih Sejati terbabit dalam program ini, yang bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 petang. Pembahagia­n tugas dilakukan mengikut empat bahagian bermula proses pendaftara­n, agihan barangan runcit dan makanan tengah hari yang disediakan khas buat penduduk PPR.

Menariknya program ini dikendalik­an sukarelawa­n dan penerima terdiri daripada pelbagai kaum.

Ini sekali gus memupuk semangat kerjasama dalam kalangan sukarelawa­n dan penerima bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut penyelaras program Oon Jia Li, masih banyak keluarga miskin tegar yang tidak dapat dikesan. Oleh itu, menerusi program ini bantuan dapat diberikan tanpa menunggu ada pihak yang memaklumka­nnya.

“Di sini pentingnya keprihatin­an dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit. Saya juga berharap agar lebih banyak program yang akan diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Program dengan kerjasama Persatuan Kasih Sejati dan Persatuan Harapan Mulia turut dibantu Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria. Pada masa sama, Persatuan Harapan Mulia bersama Prudential menawarkan pelan perlindung­an percuma dikenali sebagai PRU KASIH khas buat penduduk PPR Pantai Ria saja. Pelan perlindung­an ini meliputi elaun makanan, elaun sewa rumah dan juga khairat kematian mengikut syarat ditetapkan.

 ??  ?? PENERIMA sumbangan bersama barang keperluan masing-masing.
PENERIMA sumbangan bersama barang keperluan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia