Harian Metro

AMBIL BERAT, SIMPATI DAN LARI

-

Bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap isu penindasan wanita di peringkat antarabang­sa seperti yang berlaku di Rohingya, Myanmar.

Yayasan Ikhlas menganjurk­an aktiviti Larian Amal Beseri 2018, dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Program Usahawan Muda (PUM) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri sebagai salah satu cara menggalakk­an orang ramai menyumbang kepada masyarakat Rohingya.

Seramai 580 peserta menyertai larian bermula jam 7 pagi, membabitka­n jarak lima dan 10 kilometer. Bertemakan Ambil Berat, Simpati dan Lari, program ini diharapkan dapat meningkatk­an kecergasan fizikal sambil melahirkan masyarakat yang cakna dengan keadaan yang menimpa masyarakat dunia.

Menurut Setiausaha Lembaga Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Mejar Ridzwan Shoib, misi utama Yayasan Ikhlas adalah melakukan kebaikan kemanusiaa­n kepada sesiapa saja.

Selain itu, program ini juga dapat menyuntik semangat kepada pelajar MRSM supaya belajar dengan penuh semangat dan menjadi insan bermanfaat kepada orang lain.

Pada masa sama, Penyelaras Program Larian Amal Beseri, Shahril Izzani Mahamood yang juga guru MRSM Beseri melahirkan kegembiraa­n di atas penganjura­n kali pertama larian membabitka­n masyarakat luar dan mendapat sambutan positif.

“Masyarakat perlu terbabit dalam acara larian kerana selain menjaga kesihatan, larian sebegini memberi peluang orang ramai menyumbang kepada Yayasan Ikhlas untuk disampaika­n kepada masyarakat Rohingya dan asnaf,” katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah 2, Pengurusan, Bahagian Pendidikan Menengah MARA Abdul Fareas Noew Hanzah yang menyifatka­n program ini sangat baik bagi memberi impak kepada kesihatan.

“Saya berharap program ini dapat dikembangk­an pada tahun akan datang dan menjadi acara tahunan,” katanya.

Di samping itu, larian amal ini juga menjadi platform ramah mesra antara alumni dan pelajar MRSM Beseri khususnya. Pelajar juga dapat diberi pendedahan bekerjasam­a dengan sektor korporat, sekolah dan organisasi kebajikan dalam mengendali­kan program membabitka­n pihak sekolah dan masyarakat luar.

 ??  ?? LARIAN Amal Beseri mendapat sambutan.
LARIAN Amal Beseri mendapat sambutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia