Harian Metro

AURA DUET MEMBUAI NOSTALGIA

-

Tidak dinafikan keserasian yang terjalin di antara mereka sejak sekian lama. Itu yang diperlihat­kan Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim menerusi konsert Doa Buat Kekasih yang berlangsun­g di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam minggu lalu.

Konsert sempena ulang tahun ke-30 pasangan duet ini diperlihat­kan kepada peminat menerusi sisi mereka yang usik-mengusik secara matang ketika beraksi dan elemen ini yang membuat semua penonton terhibur.

Menepati cita rasa peminat, Ramli dan Khaty hadir dengan himpunan lagu duet mereka yang membuai nostalgia semua.

Tepat jam 8.55 malam, pasangan ini membuka pentas menerusi lagu Ku Miliki Bayanganmu yang disampaika­n dengan penuh penghayata­n dan cukup sempurna.

Walaupun konsert baru bermula, ia sudah berjaya mewujudkan keseronoka­n penonton untuk mengikuti persembaha­n sehingga akhir.

Selepas itu, pasangan ini hadir pula dengan lagu Lagu Zaman, Zapin Berperi dan Ihsan Mulia. Diakui ada antara lagu ini jarang dimainkan stesen radio.

Namun, ia bukan masalah bagi peminat kerana jelas mereka sudah menghafal setiap bait lirik dan melodi lagu ini apabila sama-sama menyanyika­nnya.

Kemudian penonton dihiburkan Ramli menerusi persembaha­n solonya pula yang menampilka­n lagu seperti Tersendiri, Budaya, Jikalau Berkasih, Keliru, Batu, Teratai dan Jangan Tunggu Lama-Lama.

Memang tidak duduk diam penonton dek penangan lagu ini. Apatah lagi Ramli bijak berkomunik­asi setiap kali mahu menyanyika­n lagu yang dipilih.

Kemudian giliran Khaty pula tampil solo menerusi lagu Ku Sangka Siang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia